Wednesday, 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 & BYE BYE 2013

Assalammualaikum,
Salam Blogger buat semua,
             Dah 2 bulan aku tidak berkesempatan untuk mencoretkan catatanku dalam blog ku ini. Apa-apapun selamat Tahun Baru 2014 kepada rakan-rakanku yang ada membuka dan membaca blogku ini. Dalam masa dua bulan ini dah macam-macam perkara berlaku pada diri ku dan keluargaku yang kecil ini.  Maklumlah cuti sekolah selama hampir 8 minggu. Anak-anakku rasanya betul-betul enjoy cuti mereka kali ini. Apa tidaknya ayahnya kaki jalan begitu juga dengan ibunya.
             Bermula jer cuti sekolah pada bulan November kami dah pergi ke Hadyai dan Songkla di Selatan Thailand. Ramai rakan tanya kami sama ada selamat atau tidak ke sana. Alhamdulillah sepanjang 3 hari di sana, semuanya selamat. Tiada sebarang perkara tidak baik berlaku. Dan sebenarnya pada awal bulan November sebelum cuti aku juga dah pun merancang untuk pergi makan angin pada cuti bulan Disember. Mula-mula plan nak gi dalam Malaysia aje.
              Tapi bila tengok tiket ke luar negara dengan tambang flight pun lebih kurang jer, lebih baik kami ke luar negara. Check punya check aku tengok tiket ke Bali, Indonesia dengan MAS agak ok juga. Apa lagi akupun terus booking online pada malam tu juga. Jadi pada 14 hingga 18 Disember 2013 kami telah terbang ke Bali, Indonesia buat kali pertamanya dalam hidupku tanpa mengambil sebarang pakej. Amat menjimatkan rupanya. Tetapi kena rajin surf dalam internetlah mendapatkan maklumatnya. Sebenarnya anakku yang kecil tu bising, dah lama dah tak naik kapal terbanglah.     
              Kalau tak silapku kali terakhir dia naik kapal terbang pada bulan April 2010 yang lalu semasa kami pergi Sabah. Inshallah nanti aku akan ceritakan perjalanan kami ke Bali kalau ada kesempatan nanti.  Bye.
Dalam TUK-TUK di Hadyai


Shopping di Pasar Kering








Pagi Sabtu 16/11/13 di sempadan Malaysia Thailand

No comments:

Post a Comment