Sebenarnya selepas lawatan ke Pusat Tahanan itu, pada hari pertama kami sempat mengunjungi sebuah masjid yang terdapat di pinggir bandaraya Phom Phen. Semasa kunjungan itu, kami sempat menghulurkan sedikit sumbangan bantuan yang merupakan pakaian dan wang. Dari riak wajah tergambar keceriaan mereka atas kehadiran kami. Pada malam itu kami menyelongkar bandaraya Phom Phen.
Pada hari kedua, rombangan kami meneruskan pengembaraan ke Siam Reap dengan menggunakan bas Hyundai. Kami berangkat awal pada jam 9.00 pagi. Jaraknya lebih 300 kilometer dengan keadaan jalannya teruk di bahagian-bahagian tertentu. Melambung-lambung dibuatnya. Kami singgah di beberapa tempat yang mencuri perhatian kami sambil menyiram pokok. Pada jam 2.00 petang baru kami sampai di Siam Reap. Selepas solat di masjid dan menikmati makan tengahari, kami pun Check In di TaProhm Hotel, Siam Reap.Pada sebelah petang kami telah ke Angkor Wat iaitu salah satu tempat warisan dunia. Kemasukan kami percuma kerana sudah petang. Ramai pelancong asing pada petang itu dari serata ceruk dunia.Dalam perjalanan pulang ke hotel kami melalui satu kawasan Pasar Malam. Amat panjang kawasan malam tersebut kerana saya dapati para pengunjung telah membentang tikar di tepi jalan sambil menikmati barangan yang dibelinya.
Suasana malam di Siam Reap ada cukup Happening. Itulah sebabnya AirAsia menyediakan penerbangan terus ke Siam Reap setiap hari. Dan kebetulan hotel kami berada dekat kawasan tersebut. Apa lagi kami pun menghayatilah suasana malam di Siam Reap yang sesak dengan manusia dari serata dunia.
BERSAMBUNG
IKAN DARAT HIDANGAN WAJIB |
TUT TUT DI DEPAN HOTEL |
MACAM DI BUKIT BINTANG |
DI MASJID KUNJUNGAN KAMI |
GUIDE KAMI MEMBERIKAN SALAM PERTEMUAN |
MALAM DI SIAM REAP |
DI ANGKOR WAT |
PETANG DI ANGKOR WAT |
MAKAN ESOTIK YANG MENGGELIKAN TEKAK |
BATU-BATU HIASAN UNTUK PILIHAN |
No comments:
Post a Comment