|
KOPI LUWAK |
Hari Ke 3 /17 Dis 2013 :
|
HOTEL MERCURE DI KUTA |
|
HOTEL WINA HOLIDAY VILLA, KUTA |
Pagi seperti biasa aku bangun awal. Selepas solat subuh aku telah keluar ke pantai Kuta. Air agak surut pada pagi itu. Pelbagai aktiviti berlaku. Ramai Mat Salleh dan Minah Salleh berjogging di pinggir pantai. Pemuda-pemuda Bali hanya sekadar memandang telatah pelancong asing itu. Dan ada juga yang sekadar berjalan menikmati hembusan bayu pagi dari Lautan Hindi yang sungguh nyaman. Termasuklah saya yang menyaksikan pelbagai gelagat manusia. Balik semula ke Hotel Wina, anak-anakku sudah mula berendam dalam kolam yang agak besar di hotel. Aku berserapan di cafe. Aku dimaklumkan segalanya halal kerana Holiday Villa adalah milik rakyat Malaysia. Ada 2 Holiday Villa di Bali. Sebuah lagi di Sanur iaitu Diwangkara Holiday Villa.
|
PAGI DI PANTAI KUTA |
Pada jam 8.00 pagi, Pak Gusti sudah muncul untuk Bali Tour hari ke 3 dan terakhir. Kami dibawa ke beberapa tempat menarik di Bali. Mula-mula kami telah ke Tegallalang untuk melihat industri kraf yang amat menakjubkan. Kami sempat berhenti di Rice Terace di Tegallalang. Kami berhenti dan membeli beberapa sovenir yang menarik antaranya lukisan-lukisan dan ukiran-ukiran serta pelbagai lagi ole-ole dari Bali. Seterusnya kami telah ke Kintamani iaitu satu kawasan tanah tinggi yang terdapatnya Gunung Berapi Batur. Keadaan di sini agak dingin. Juga terdapat Tasik Batur. Kami turun untuk bergambar berlatarbelakangkan Gunung Batur. Yang membuat kami kurang selesa ialah apabila dikerumuni oleh penjaja jalanan yang menjual pelbagai barangan sambil mendukung bayi yang masih kecil.
|
MINUM BERSAMA PAK GUSTI TOUR GUIDE KAMI |
Dalam perjalanan turun kami singgah di tempat kawasan pembuat Kopi Luwak. Ketika itu hujan turun mencurah-curah. Saya mencuba segelas kopi Luwak yang harganya RM15/-. Kami meneruskan perjalanan pulang melalui Ubud. Kami singgah di Sukawati untuk membeli cenderahati. Ketika ini hujan sudah berhenti. Seterusnya kami ke Batu Bulan untuk menyaksikan tarian Kecak yang wajib ditonton. Seterusnya barulah kami balik ke Hotel Wina di Kuta. Malam itu saya telah keluar ke Kuta. Keadaan agak meriah walaupun dah jam 1100 malam. Banyak betul hotel yang terdapat dekat pantai Kuta antaranya Hard Rock Cafe, Mercure, Kuta, Bali dan banyak lagi. Malah Bangi Kopitiampun dah mula ada di Kuta.
Pada kesokan paginya kira-kira jam 5.00 pagi kami telah dihantar ke airport oleh Pak Gusti. Kami berangkat pulang ke Malaysia dengan pesawat jam 6.45pagi. Maka selesailah percutian kami yang memenatkan tetapi amat menyeronokkan. Inshallah kami akan ke lain destinasi selepas ini. Dalam perancangan kami sama ada ke HCM, Vietnam atau ke Bangkok, Thailand pada tahun ini.
|
DI RICE TERRACE, TEGALLALANG |
|
HARD ROCK CAFE, KUTA |
|
SHOPPING DI SUKAWATI |
|
MAMA CERIA DI SUKAWATI |
|
ESHAKIRIN DENGAN TOPENG DI TEGALLALANG |
|
ARCA ADA DI MANA MANA |
No comments:
Post a Comment