Wednesday, 22 January 2014

NYIOR GADING PUNCAK MAHLIGAI 3 : UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

YELLOW CAB BROADWAY
  Salam Blogger,

KERETA POP CORNS
             Malam ini izinkan saya menceritakan satu lagi lokasi percutian keluarga yang pernah kami kunjungi. Tempat yang aku maksudkan ialah Universal Studio Singapore atau lebih dikenali sebagai USS. Tempat ini amat mengujakan kami terutama anak-anak. Sebenarnya golongan ibubapa pun turut teruja sama. Kini memang cukup banyak terdapat agensi pelancongan yang membuat pakej ke USS dengan semalam penginapan di  Johor Bahru. Kami telah ke USS pada 2 April 2011. Kami telah pergi dengan rakan pejabat di MBSB Melaka.
            Kami berangkat dari Melaka pada pagi Sabtu kira-kira jam 5.00 pagi dengan bas. Kami berhenti di R&R di Paguh untuk solat Subuh. Kami tiba di imigresen Johor pada lebih kurang jam 9.00 pagi. Pada lebih kurang jam 10.30 pagi kami  dah berada di entrance Universal Studio, Singapore. Wow ! Memang hebat sekali tempat ini.Memang ramai pengunjung asing dari pelbagai negara. Kami terpaksa beratur dan menunggu lama di beberpa permainan yang digemari seperti di Jurrasic Park. Banyak juga permainan yang sempat kami cuba sehinggalah pukul 6.00 petang. Tempat ini amat menghiburkan khasnya untuk golongan kanak-kanak. Jika ke sini jangan lupa membawa baju spare kerana yang pastinya anda akan lencun oleh peluh yang mengalir atau disebabkan oleh permainan yang anda cuba melibatkan air atau juga disebabkan cuacanya yang panas. 
           Jarak dari Malaysia cuma dipisahkan oleh Selat Tebrau. Pergi pagi, malam dah boleh balik. Yang paling utama, sediakan Sing Dollar secukupnya.  Trip ke Singapore kali ini kami tidak bermalam di Singapore. Malam itu kami berangkat pulang ke Melaka. Amat memenatkan tetapi menyeronokkan.        
















No comments:

Post a Comment