|
BAHAGIAN HADAPAN RESORT |
EHSAN MENGHABISKAN BAKI TENAGA DI KOLAM |
Salam Blogger buat semua pembaca,Pada pagi ini aku ingin menceritakan sedikit tentang satu lagi trip yang pernah aku dan famili ku kunjungi pada tahun 2013 yang lalu. Trip kami pada 16-17 Mac 2013 yang lalu ialah ke Lotus Resort di Desaru. Kami amat teruja untuk ke sini disebabkan sejujurnya kami kami memang tidak pernah melalui jalan-jalan di kawasan ini. Trip kami kali ini adalah semperna Hari Keluarga MBSB zon Selatan yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan MBSB @ Malaysian Building Society Berhad.
AKTIVITI DI PANTAI |
Selepas itu kami terus ke Desaru pada kira-kira jam 1130 pagi. Kami sempat singgah di JPO @ Johor Premium Outlet pada lebih kurang jam 200 petang untuk solat Zohor. JPO merupakan salah satu destinasi wajib singgah jika ke Johor Bahru kerana di sini terdapatnya banyak kedai yang menjual barangan berjenama. Kalau anda pernah ke Bandung, Indonesia yang terkenal dengan FO @ Factory Outlet yang banyak terdapat di merata tempat, di JPO kedai-kedai ini terletak di bawah satu bumbung atau diletakkan setempat. Bagi Kaki Shopping tempat ini adalah tempat mesti pergi kalau turun ke selatan.
Selepas melalui satu lebuhraya yang agak kurang sibuk kami pun sampailah ke persimpangan masuk ke Desaru. Banyak juga hotel-hotel persisir pantai di kawasan ini. Kami tiba di Lotus Resort pada lebih kurang jam 430 petang. Isteriku sibuk permainan yang perlu disertainya mewakili MBSB Melaka. Aku dan anak-anak pulak menikmati panorama indah di tepi laut mengadap Laut Cina Selatan. Terdapat juga satu kolam yang agak luas juga untuk anak-anak menghabiskan sisa baki tenaga yang masih berbaki.
Pada sebelah malam kami menghadiri dinner yang telah diaturkan oleh pihak urusetia event. Selepas itu kami menghabiskan masa di laman resort tepi pantai yang luas dengan pelbagai aktiviti seperti menari beramai-ramai dengan bermacam gaya sambil didendangkan pelbagai rentak lagu secara live. Masing-masing telah berusaha menunjukkan gaya tersendiri yang kadang-kala melucukan. Kami juga diajak bermain beranika jenis permainan yang amat menghiburkan. Kepada sesiapa yang belum pernah lagi ke sini, saya fikir tempat ini perlu diberikan perhatian untuk kunjungan percutian anda.
No comments:
Post a Comment