Friday, 23 January 2015

PERCUTIAN KE HO CHI MINH CITY : HARI 1


 Salam Blogger buat semua,
AWAL PAGI DI KLIA 2
                Dalam postku kali ini aku ingin menulis sedikit tentang perjalanan aku bersama keluarga ke Ho Chi Minh City pada 13 hingga 17 Disember 2014 yang lalu. Catatan ini hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman bersama pembaca blog ku sekiranya ada perancangan untuk ke HCM City pada satu hari nanti.
MOTOIKAL YANG MENYESAKKAN
                 Rancangan kami untuk ke HCM City  atau juga dikenali sebagai Saigon sudah lama kami rancang. Malah tiket penerbangannya kami sudah beli seawal bulan Mac 2014 lagi. Nak kata tambang murah tidaklah begitu murah sangat pun. Untuk 4 orang saya telah membayar sebanyak RM1996/ dengan penerbangan Air Asia. Seperti kebiasaannya kami pergi tanpa menggunakan mana-mana agen. Semuanya kami beli secara atas talian@online. Rasanya lebih mudah dan menjimatkan. Kami bebas untuk mecari mana-mana hotel yang kami suka. Cuma hotel sahaja kami booking seminggu sebelum berangkat dengan Agoda. Hotel di HCM City cukup banyak. Rasanya kalau kita walk in pun tiada masalah untuk mendapatkannya. Hotel yang kami pilih adalah City Hotel yang terletak cuma 50 meter dari Pasar Ban Than.
MOTOSIKAL YANG MEMENUHI JALAN RAYA
           Hari 1:
Penerbangan yang kami pilih adalah pada jam 9.30 pagi. Jam 5.00 pagi kami telah berangkat dari Melaka. Kami solat Solat Subuh di Concord Inn tempat kami meletakkan kenderaan untuk selama 5  hari. Dengan mengambil bas shuttle yang pertama pada jam 7.00 Pagi kami dibawa ke KLIA 2. 7.30 Pagi kami sudah beratur untuk mendapatkan Boarding Pass.
        Pada jam 10.30 pagi kami sudahpun berada di bumi Vietnam. Perjalanannya hanya mengambil masa tidak sampai pun 2 jam. Di Airport  Antarabangsa Tan Soon Nhat kami telah mengambil teksi untuk ke hotel. Saya juga sempat untuk menukar Sim Kad telefon untuk memudahkan kami berhubung.
        Bilangan motosikal di bandar ini cukup banyak sekali. Keadaan ini membuat keadaan jalanraya semakin sibuk. Setelah check in di Hotel City, kami pun mencari Kedai Makan Halal. Alhamdulillah terdapat Restoran Melayu hanya bersebelahan dengan Hotel City. Tuanpunya restoran ini adalah milik seorang rakyat Malaysia dari Negeri Sembilan.
            Pada petang itu kami telah sebuah syarikat agen pelancongan untuk mendapatkan maklumat tentang trip yang kami ingin ikuti sepanjang 5 hari di HCM City. Kami cuma membayar RM180/ untuk 4 orang  untuk trip hari ke 2 kami di Vietnam. Trip itu nanti akan mengambil masa selama 6 jam.

PENJUAL KOPI DI PASAR BAN
THAN

ISTERIKU DENGAN PILIHAN HATINYA
PENJAJA JALANAN YANG MENCURI TUMPUAN
     Pada sebelah petangnya kami telah ke Ban Than Market untuk melihat suasana dalam pasar tersebut. Aku sempat menempah sepasang kot yang berharga cuma RM230/. Isteriku pula sempat menempah 2 pasang baju.  Pada sebelah malamnya kami telah ke Nite Market yang terdapat berdekatan dengan hotel kami. Cukup ramai sekali rakyat Malaysia yang suka melancong ke HCM City pada setiap kali musim cuti sekolah . Malah para peniaga di pasar Ban Than pun sudah pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia. Yang menyeronokkan sekali, mereka juga menerima mata wang Malaysia semasa berurusan dengan mereka. Jangan lupa menawar barangan yang ingin dibeli kerana mereka biasanya mereka akan menaikan harga dengan sesuka hati mereka. Sekurang-kurangnya kita mesti meminta less antara 50%.- 70%.



MEMBUAT TEMPAHAN UNTUK TOUR

PENJAJA JALANAN

HOTEL CITY

BAHASA MELAYU TURUT DIGUNAKAN

KESESAKAN DI HCM CITY
DI PASAR BAN THAN



MENEMPAH KOT YANG SIAP SEHARI
LAGI PILIHAN HATI MAMA

MAINAN TARIKAN ANAK
BARANGAN HIASAN DI NITE MARKET

BARANGAN HIASAN YANG MENARIK

No comments:

Post a Comment