Saturday, 24 January 2015

HARI 3 : HO CHI MINH CITY

PAGI DI PASAR BAN THAN
MENCARI SARAPAN PAGI  DI JALAN LUU VAN LU


MENCUBA MELOLOSKAN BADAN DALAM TUNNEL

JACKY; GUIDE KAMI



 
SENJATA  PEPERANGAN YANG DIGUNAKAN
DI PUSAT KRAF TANGAN
PETA KAWASAN KOMPLEKS

 
SARAPAN  ROTI CANAI DI RESTORAN HJH BASHIROH

Salam Blogger Buat semua pembaca,
         Di hari ketiga, awal pagi lagi kami telah ke Restoran Hjh Bashiroh untuk menikmati roti canai Vietnam. Adik pulak telah mencuba Western Food.

         Agenda kami pada pagi ini adalah untuk pergi ke Cuchi Tunnel. Pada jam 8.30 pagi Guide datang ke hotel untuk mengambil kami dengan menaiki sebuah bas. Pagi ini kami bersama dengan satu lagi kumpulan pelancong asing yang berasal dari Australia, ada juga dari Amerika, Sweden, Singapura dan beberapa lagi negara luar.

Perjalanan ke Cu Chi tunnel mengambil masa lebih kurang satu jam. Dalam perjalanan, kami sekali lagi dibawa singgah ke sebuah lagi tempat membuat kraf tangan. Kebanyakan pekerjanya adalah terdiri daripada orang OKU akibat daripada peperangan Vietnam yang telah mengorbankan banyak nyawa rakyat Vietnam. Lubang- lubang bawah tanah ini adalah tempat persembunyian tentera Vietcong semasa peperangan Vietnam terhadap Amerika pada tahun-tahun 1968 sehingga tahun 1970an. Kami telah cuba masuk dalam lubang tersebut. Keadaannya amat sempit sekali sehingga saya terpaksa merangkak semasa melaluinya. Basah kuyup baju aku semasa melalui lubang-lubang sempit itu.Di samping itu di kawasan ini cukup banyak terdapat perangkap yang telah dibina untuk menentang musuh.  Keadaannya amat menakutkan kerana di sini lah ramai tentera telah terkorban akibat bedilan bom ataupun terkena perangkap samar yang telah dipasang.  Di samping itu terdapat juga banyak tinggalan senjata perang yang terdapat di kawasan ini termasuklah kereta-kereta kebal yang digunakan semasa peperangan. Pelancong yang datang juga diberikan peluang untuk menggunakan senjata yang digunakan semasa peperangan Vietnam. Kita cuma perlu membayar untuk harga pelurunya sahaja. Kedua-dua heroku amat seronok semasa berada di sini.
 Setelah berada hampir 3 jam di sini, kami pun meninggalkan kompleks ini.
Petang itu isteriku masih sibuk lagi dengan mencari kain English Cottonnya di pasar Ban Than. Aku setia menemaninya sementara anak-anakku yang kepenatan hanya tinggal di bilik hotel dengan bermain jigsaw yang banyak kami beli sebelum ini.

KERETA KEBAL YANG MASIH ADA


OPERASI MENCARI ENGLISH COTTON



TUMBUHAN KULAT DI KAWASAN KOMPLEKS


BERJAYA JUGA AKU MASUK

JACKY MEMBERI PENERANGAN

JERANGKAP 

JEANGKAP SAMAR YANG TERDAPAT

DI PINTU MASUK TUNNEL

PERMAINAN ANAK KU YANG MELEKAKAN

LAGI LUBANG PINTU MASUK

SETELAH BERJAYA KELUAR DARI LUBANG



SUASANA DI PASAR BANTHAN

LALUAN MASUK KE KOMPLEKS

EHSAN BERSAMA KERETA KEBAL

No comments:

Post a Comment