Sunday, 25 January 2015

KENANGAN DI ISTANBUL DISEMBER 1997

MENYEBERANGI SELAT BOSPHEROS
DI GRAND BAZAAR
DI GRAND BAZAAR
MASJID BIRU




 Salam Blogger buat semua pembaca,
HIASAN DALAM MASJID
               Pada petang ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang satu tempat yang pernah aku kunjungi kira - kira 17 tahun silam. Tempat yang aku maksudkan adalah Istanbul di Turki. Aku masih ingat lagi pada tahun-tahun tersebut pada kebiasaannya aku agak sibuk terutama pada akhir tahun kerana aku terlibat dalam pemeriksaan kertas SPM ataupun STPM. Tetapi pada tahun 1997 aku telah mengambil keputusan untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah suci. Sebelum ke tanah suci kami telah merancang untuk ke kota Istanbul, Turki.
              Kami telah berangkat ke Turki pada malam 1 Disember 1997 dengan menaiki MEA @ Middle East Airline yang berpengkalan di Beirut, Lebanon. Pada awal pagi kami dah pun sampai ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Beirut. Kami berada di sini untuk beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan kami ke Istanbul. Setelah beberapa jam perjalanan kapal terbang kami pun mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen sempena seorang juruterbang wanita pertama dalam sejarah Turki.
             Keadaan suhu di Kota Istanbul pada  ketika itu cukup dingin sekali sekitar lebih kurang 5 hingga 10 darjah selsius. Aku terpegun melihat keadaan tamadun awal manusia di Istanbul sudah awal lagi berkembang berbanding dengan negaraku Malaysia. Rekabentuk bangunan di sini amat memukau. Jelas menunjukkan kehebatan jurubina dan juruhiasan yang sangat hebat yang terdapat pada ketika itu sedang pada ketika itu Tanah Melayu masih belum dikenali lagi.
JAMBATAN YANG MERENTASI SELAT
           Menaiki bot dan merentasi Selat Bosphorus adalah satu lagi agenda dalam lawatan kami. Selat ini mengasingkan antara benua Eropah dan benua Asia. Banyak bangunan tinggalan sejarah terdapat di bahagian pinggir selat ini. Antara rumah Mustafa Kamal Atartuk, Bapa Kemodenan Turkey  dan banyak lagi bangunan tinggalan lama.
            Ketika berada di kota ini aku sempat untuk melawat ke beberapa tempat yang menarik. Antaranya adalah di Tokapi Palace yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 1464 sehingga 1856 pemerintahannya. Di sini terdapat banyak sekali peninggalan suci dalam dunia Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad saw.
            Blue Mosque juga merupakan satu lagi tempat tarikan pelancung. Masjid Sultan Ahmad ini amat unik sekali rekabentuknya. Dinamakan Blue Mosque kerana bahagian dinding dalamnya dibina menggunakan jubin berwarna biru. Aku sempat bersolat Jumaat di masjid ini. Masjid ini telah dibina pada tahun 1609 sehingga 1616.
           Aku juga sempat ke Hagia Sophia sebuah gereja Ortodoks yang telah bertukar menjadi masjid dan selepas itu menjadi muzium di Istanbul. Asalnya sebuah gereja besar Roman Katolik kemudian bertukar menjadi sebuah masjid pada 1453  sehingga 1931.
            Untuk mereka yang kaki shopping jangan tidak pergi ke Grand Bazaar. Bazar ini disebut sebagai One of the  largest and oldest covered market  in the world. Terdapat sebanyak 3,000 kedai di bazar ini. Dan pernah disebut sebagai No.1 World Most Visited Tourist Attraction. Hampir seminggu aku dan ahli rombongan berada di Istanbul. Selepas itu barulah kami ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat Umrah.






No comments:

Post a Comment