Salam Blogger Buat semua,
Baru-baru ini kami berkesempatan berada di Kuala Terengganu, Terengganu. Kami menginap di Hotel Ming Paragon yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin. Banyak terdapat kedai makan di sepanjang Jalan Sultan Zainal Abidin ini. Maklumlah kerana terdapat banyak hotel di sepanjang jalan ini. Antaranya termasuklah Hotel Grand Continental, yang kami pernah menginap satu ketika dahulu. Boleh dikatakan kami kerap juga ke Kuala Terengganu. Malah pada tahun lepas pun saya ke Kuala Terengganu kerana menghadiri Persidangan PPD Kebangsaan yang diadakan di Permai Inn. Ketika itu aku menginap di Hotel Seri Malaysia yang terletak di Jalan Hiliran.
Aku tertarik untuk bercerita tentang tempat makan yang kami pernah singgah ketika malam pertama di Kuala Terengganu. Kami turun dari hotel malam itu agak lewat kerana kepenatan setelah berada di Pantai Batu Buruk pada sebelah petangnya. Banyak kedai makan dah tutup pada kira-kira jam 9.00 malam itu. Terdapat sebuah Kedai Makan yang dinamakan Uncle Chua Signature yang terletak betul-betul berhampiran dengan Hotel Ming Paragon. Pada mulanya kami agak ragu-ragu nak masuk ke kedai ini. Kami tidak pernah mendengar nama kedai seumpama ini di tempat kami sebelum ini. Konsep kedai ini sama seperti di Windmills seperti yang banyak terdapat di bandaraya Melaka. Sama juga konsepnya seperti kedai PappaRich yang juga banyak terdapat di Melaka. Sebuah kedai yang dijalankan secara franchies. Malah semasa waiter mengambil order, isteriku sempat bertanya kepada petugas sama ada halal atau tidak? Petugas itu sekadar melemparkan senyuman dan berkata, halal kak. Rupa-rupanya ada beberapa outlet Uncle Chua yang terdapat di Kuala Terengganu ini.
Kami pun membuat pesanan. Anak-anakku tak jemu-jemu dengan chiken chopnya. Isteriku yang menjaga diet dengan pesanan roti dan aku dengan mee mamak kegemaranku kerana kemungkinan ada darah keturunan itu dalam badanku. Kedainya amat bersih sekali dan tidak hairanlah mendapat gred A dalam penilaian pihak Kementerian Kesihatan. Ramai pengunjung Melayu di Kedai Uncle Chua pada malam itu dan secara tidak langsung melenyapkan keraguan kami sebelum ini. Pekerja-pekerjanya pula kebanyakan berbangsa Pakistan yang tampan-tampan. Lagi lajulah kami makan. Ada seorang dua pekerja Cina dan Melayu. Dalam sekelip mata licin segala yang dihidang. Anakku Ehsan sempat sempat berkata padaku malam itu sebelum balik " Nanti kita buka kedai macam ni Pa kat Melaka. " Aku sekadar mengangguk kepala ku. Selesai makan aku terus dengan agenda malam ku di Kuala Terengganu. Anak-anak dan isteri terus ke kamar hotel untuk beristirehat.
No comments:
Post a Comment