Perginya sebuah cinta pada seseorang itu adalah satu yang amat memeritkan. Amat menyiksakan khasnya bagi seseorang yang baru mengenali erti sebuah cinta dalam kehidupan. Itulah sebabnya ada orang pernah memberi nasihat jika kita sedang bercinta dengan seseorang janganlah kita mencurahkan cinta kita seratus peratus kepada seseorang itu kerana jika perjalanan cinta itu menemui jalan buntu, kita akan menjadi orang yang paling kecewa di muka bumi ini kerana kita tidak menyimpan peratus untuk kegagalan sekiranya kegagalan yang berlaku akhirnya dalam perjalanan cinta itu.
Tuhan memberi kita sepasang kaki untuk berjalan, sepasang tangan untuk memegang. Sepasang telinga untuk mendengar dan sepasang mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya memberi kita cuma sekeping hati? Sekeping lagi hati ada pada seseorang lain untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta. Dan pastikan yang sekeping itu ada pada orang yang selayaknya. Kegagalan dalam bercinta adalah satu yang lumrah. Ada orang yang gagal bercinta cuma sekali. Selepas itu menemui cintanya yang sejati dan terus bersatu. Tetapi ada juga orang yang gagal bercinta beberapa kali dan sampai sekarang masih belum menemui cinta sejatinya atau berjumpa dengan hatinya yang sekeping lagi. Entah siapalah yang telah membawa lari hatinya yang sekeping itu. Tetapi janganlah berhenti bercinta hanya kerana pernah terluka kerana tidak ada pelangi tanpa hujan, tidak ada cinta sejati tanpa tangisan. Sesungguhnya janganlah ditangisi sebuah cinta yang pergi itu berterus terusan kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk kita mengenang kegagalan cinta pada masa lalu.
Sebenarnya tuhan maha adil menemukan kita dengan orang yang kita cinta kerana sebuah alasan atau sebab. Dan apabila dia meninggalkan kita juga Tuhan mempunyai alasan yang lebih baik yang kadang-kala kita tidak terfikir oleh akal kita.
Good one, bro
ReplyDeleteThanks Bro...
DeleteThanks Bro...
Delete