Sudah dua hari aku tidak mencoretkan kata-kata dalam Blogku ini. Di hujung minggu biasalah sibuk tak tentu pasal dengan pelbagai urusan yang tidak menentu. Untuk makluman pada hari Jumaat 14/2 lepas Pageview aku sudah mencecah 2000 orang pembaca. Dan pembacanya datang dari lebih daripada 12 buah negara. Selain Malaysia, rupa banyak orang Amerika yang membaca Blog ku ini dan diikuti oleh Russia, Indonesia, Germany dan beberapa lagi negara lain.
Entry aku kali ini adalah berkaitan sebuah lagu yang sedang mencuri hatiku setelah mendengarnya beberapa kali. Lagu yang aku maksudkan itu adalah SAY SOMETHING. Lagu ini ditulis oleh seorang penyanyi dan penulis skrip duo yang dikenali sebagai A GREAT BIG WORLD. Lagu ini disebut sebagai a calm song about moving forward. Lagu ini kemudiannya dinyanyikan bersama Christina Aguilera.
Sebuah lagu tentang kekecewaan seorang jejaka dari kata-katanya " I'm giving up on you". Seorang jejaka yang sudah lama dan penat menunggu jawaban dari Sang kekasih. Si Jejaka berkata " I'm feeling so small' yang bermaksud dia rasa sudah tiada daya dan lelah menanti dan menanti. Si Jejaka telah berusaha untuk mencari perhatian tetapi tidak disedari oleh Sang Kekasih. Ada perasaan terlalu mengharapkan untuk memperolehi tetapi pada masa yang sama ada kesukaran untuk mencapainya.
Semua orang ada sejarah hidup masing-masing yang kita akan bawa bersama sepanjang hayat dikandung badan. Selamat mendengar dan menghayatinya.
No comments:
Post a Comment