Tuesday 4 February 2014

IMBAUAN SILAM : BOWLING KEMERDEKAAN 2013

BACKDROP EVENT
    Salam Blogger,
               Petang ini dalam kolum Imbauan Silam saya ingin menceritakan tentang Sambutan Bulan Patriotik 2013 yang lalu. Seperti tahun-tahun sebelum ini pihak PPD Melaka Tengah telah diberikan peruntukan untuk menganjurkan satu aktiviti sempena Bulan Patriotik. Pelbagai cadangan telah disarankan oleh rakan-rakanku dalam unit PPK. Antara cadangan yang menarik adalah mengadakan konvoi Kemerdekaan dari PPD Melaka Tengah sehinggalah ke beberapa destinasi yang sesuai seperti ke Putrajaya. Ada yang mencadangkan ke PPD Muar dan ada juga PPD Port Dickson. Tuan PPD pula mencadangkan mengadakan sukaneka melibatkan beberapa buah sekolah. Saya pulak ada terfikir untuk mengadakan pertandingan Futsal memandangkan pihak PPD Melaka Tengah baru sahaja mengadakan kursus jurulatih futsal untuk sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah. Menarik  sungguh cadangan yang diberikan tapi persoalannya siapa yang nak melaksanakannya memandangkan Tuan PPD Melaka Tengah bukannya sentiasa ada. Begitu juga dengan Tuan Timbalan PPD Melaka Tengah. Malah saya sendiri pun jarang berada kat pejabat kerana banyak kerja-kerja luar yang menuntut kehadiran kami.
            Bincang punya bincang akhirnya saya meminta Sub Unit Sukan saya menganjurkan pertanndingan Bowling Merdeka yang paling mudah dilaksanakan. Tarikh yang kami pilih adalah pada 14 September 2013  iaitu sehari sebelum Hari Malaysia. Kalau tahun lepas kami menganjurkan Kayuhan Merdeka melibatkan murid-murid, kali ini kami menganjurkan pertandingan Bowling melibatkan para guru dalam daerah Melaka Tengah. Sukan bowling sememangnya amat popular di kalangan guru-guru di Melaka. Lokasi yang kami pilih adalah di MIBC @ Melaka Internasional Bowling Center. Tetamu yang kami undang untuk merasmikan adalah Tuan Rabuan Pit dari IPK @ Ibu Pejabat Kontigen Polis Melaka iaitu bekas Olahragawan Negara kebanggaan kita.
          Maka pada tarikh yang dijanjikan maka berlangsunglah pertandingan tersebut. Malangnya pada hari tersebut Tuan Pegawai Pelajaran Daerah tidak dapat bersama. Begitu juga dengan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Tuan Rabuan Pit juga tidak dapat hadir. Maka akulah yang menjadi perasmi untuk kejohanan Bowling pada tahun ini. Seronok dapat melihat para peserta melepaskan geram masing-masing selepas tension dengan kerja sekolah dan ofis di gelanggang bowling MIBC. Seramai lebih 130 orang peserta telah menyertai kejohanan kali ini.  Mereka mengharapkan pertandingan yang sama dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Untuk makluman, PPD Melaka Tengah adalah juara antara sektor peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.
UCAPAN PERASMIAN



HADIAH UNTUK PEMENANG

MEMBACAKAN PERATURAN PERTANDINGAN


GAME BERMULA

KUDAPAN

BARISAN PESERTA
APASAL LAH GAME AKU OUT

SEBELUM PERTANDINGAN
MAINLAH DENGAN PENUH SEMANGAT

TERIMALAH HADIAH SEADANYA

GAYA SEORANG OTAI



No comments:

Post a Comment