Saturday, 8 February 2014

KENANGAN LALU : Stephen Bishop - It Might Be You

Salam Blogger,
           Tengahari tadi hatiku berdetik apabila terdengar lagu Stephen Bishop yang dilahirkan pada tahun 1951. Lagu yang aku maksudkan adalah lagu It Might be You. Aku dalam perjalanan balik dari Masjid Tanah selepas menyaksikan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka. Daerah Melaka Tengah tewas kali ini kepada daerah Alor Gajah. Light Fm saluran kegemaran ku memutarkan antara lagu kegemaran ku pada tahun-tahun 1980an.
           Kalau aku ada kuasa, ingin saja aku memutar jarum jam ke belakang supaya aku dapat merasai semula zaman-zaman itu. Zaman penuh keindahan. Zaman penuh kemanisan. Zaman aku masih muda. Lagu ini kalau aku masih ingat digunakan untuk filem Tootsie lakunan Dustin Hoffman. Dustin Hoffman menjadi seorang perempuan dalam filem itu. Ketika itu aku tinggal di Pulau Pinang. Aku bersekolah di sana. Di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam. Aku memang sentiasa menonton di panggung wayang. Ketika itu masih belum ada lagi cineplex. Tiket wayangnya hanya RM1.50 sahaja. Nak lagi murah, 50 sen pun boleh dapat. Tapi duduk di barisan sekali. Sakit tengkuk dibuatnya.  Kadang kala sampai tiga kali aku menonton wayang dalam satu hari ketika waktu cuti sekolah. Pagi, Petang dan Malam. Semua jenis cerita aku tonton baik cerita Inggeris, Melayu, Cina dan Hindustan. Filem-filem bahasa yang aku tak fahampun aku turut tonton kadang-kala kalau berpeluang. Biasanya aku menonton jam 3.00 petang selepas habis sekolah. Selepas menonton aku akan mencatatkan dalam diari peribadiku filem-filem, yang aku tonton sepanjang tahun. Filem yang baik tonton beberapa kali. Kadang kala hampir mencecah sampai 100 buah filem yang ditonton dalam setahun. Tabiat ini bermula selepas aku tamat peperiksaan MCE aku. Dan semasa aku berada di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang tahun 1979/80 tabiat ini masih aku terbawa-bawa. Dan seingat ku tabiat ini tidak dapat aku teruskan selepas aku diletakkan di kawasan pedalaman Pahang selepas tamat pengajian aku di MPPP, Pulau Pinang pada tahun 1981.

No comments:

Post a Comment