Wednesday, 19 February 2014

CHECK IN CHECK OUT : MY BANDUNG TRIP

AWAL PAGI DI BANDARA SASTRANEGARA, BANDUNG
BERGAMBAR DENGAN DATUK PENGARAH PELAJARAN
            Salam Blogger buat semua pembaca,

BERSAMA HJ ISA OSMAN DI AIRPORT BANDUNG

 
DI TANGKUBAN PERAHU
                           Trip ku ke Bandung ini telah diadakan pada kira-kira 4 tahun yang lalu atau lebih tepat lagi pada 29 hingga 31 Oktober 2010. Trip aku kali ini telah mengundang pelbagai kontroversi disebabkan oleh beberapa isu. Aku terpaksalah menanggung segala yang berlaku itu dengan hati yang tabah. Malah satu ketika aku diminta supaya membatalkan saja trip aku ke Bandung. Sebenarnya trip aku ke Bandung itu merupakan trip aku kali ke dua ke Indonesia pada tahun tersebut. Pada awal tahun aku telah ke Jogjarkarta dengan beberapa rakan yang lain.  Akibat daripada trip ini aku telah diberikan gelaran Haji Bandung rakan sekerjaku di PPD Melaka Tengah.
                          Trip aku ke Bandung ini sebenarnya adalah kunjungan ku kali kedua. Kali pertama aku ke Bandung adalah pada tahun 1989 sewaktu aku menuntut di UPM. Sudah lebih 20 tahun aku tidak ke sana. Sudah cukup banyak perubahan berlaku di Bandung berbanding dengan Bandung 20 tahun silam. Kami pergi dengan pesawat AIR ASIA. Kebetulan trip kami kali ini sama dengan Datuk Pengarah Pelajaran Melaka pada ketika itu.    Kami sempat bergambar dengan Datuk Haji Isa Abu semasa di LCCT pada pagi itu. Kebetulan dalam kumpulan saya turut disertai oleh Hj Isa  Osman, Penyelia Pembangunan dan Hj Isa Bachik, Mantan Guru Besar SK Bukit Rambai.         


           Semasa di Bandung kami telah pergi ke beberapa FO @ Factory Outlet yang terkenal di Bandung. Semasa berada di Rumah Mode, kebanyakan pelanggannya pada ketika itu rasa adalah rakyat Malaysia. Pelbagai loghat negeri dapat saya dengar. Antaranya orang dari Negori Sembilan, orang dari Kelantan dan beberapa lagi group dari Malaysia saya temui di sana. Meriah sungguh dah jadi macam di Chow Kit Road, Kuala Lumpur pulak. Pada pandangan saya orang-orang Malaysia sememangnya Kaki Shopping khususnya golangan Cik Kiahnya. Golongan Cik Mat tidaklah begitu ketara sangat. Sedihnya tempat solat di sini begitu sempit dan agak terhad sekali. Mungkin pengusaha lebih suka orang bershopping daripada bersolat di situ.
             Jika 22 tahun lepas saya menginap di Hotel Papandayan, tetapi trip kali ini saya menginap di Hotel Cihampelas. Keadaan di hadapan hotel ini begitu sibuk sekali pada waktu pagi. Pada hari kedua kami telah ke Tangkuban Perahu iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari Bandung. Kami agak rimas dengan cara penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kami semasa di sana. Mereka akan berhenti daripada mengekori kami selepas kami membeli barangan yang dijual.
          Ramai rakan terperangkap dengan membeli barangan dengan harga yang begitu mahal. Semasa kami sudah berada dalam bas untuk pulang mereka menawarkan harga begitu rendah sekali. 
        Kami sempat singgah di Pasar Baru Trade Center yang merupakan tempat tumpuan ramai. Pelbagai jenis kaus@ T Shirt ada dijual dengan bermacam design yang menarik. Kami juga telah pergi ke pusat kulit di Cibadayut. Kasut-kasut kulit dijual dengan harga yang cukup menarik.
       Di Toko Tiga kami ditawarkan dengan seluar jean beranika jenama yang terkenal dengan harga yang begitu murah semurah RM40
sahaja. Dan pada sebelah malamnya kami telah bersiar-siar di Cihampelas Walk. Begitu ramai orang pada ketika itu. Cukup banyak FO terdapat di Cihampelas. Patung-patung Super Hero seperti Spiderman  dan lain-lain banyak dipamerkan  di bahagian hadapan FO tersebut. Guide kami juga telah membawa kami ke tempat-tempat makan atau disebut Rumah Makan @ RM yang menarik semasa di Bandung.
         Masa berlalu begitu pantas semasa berada di Bandung. Kami sememangnya bercadang hendak ke sana lagi pada tahun ini sekiranya berkesempatan kerana anak-anak yang sentiasa menyebut Trans Studio yang sudah dibuka di Bandung dua tahun lepas.









No comments:

Post a Comment