|
BACAAN QURAN MEMULAKAN MAJLIS |
Salam Blogger Buat Pembaca Blog ini,
|
JAM GADANG BUKIT TINGGI |
Sekembali dari lawatan dari Guilin, China pada tahun 2009, kami telah merancang satu lagi trip ke luar negara. Trip kali ini ialah ke Bukit Tinggi, Indonesia. Juga merupakan satu lagi destinasi yang menjadi kegemaran Cik Kiah and Company. Setelah mendapatkan agen, kami pun menetapkan untuk pergi ke Bukit Tinggi pada 5 hingga 7 November 2009. Ramai juga ahli telah menunjukkan minat untuk menyertai trip keluarga PPD Melaka Tengah. Kalau tidak silap ku ada hampir 30 orang ahli kelab Kebajikan PPD Melaka Tengah hendak menyertai. Untuk trip selama 3 hari 2 malam kami telah menetapkan sebanyak RM 500/- seorang iaitu untuk tiket penerbangan Air Asia, penginapan 2 malam serta makan sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi dan balik ke Malaysia. Cukup berpatutan charge yang dikenakan.
|
DI PINTU MASUK LUBANG JEPANG |
|
PAPAN KENYATAAN MENARIK DI SMP BKT TINGGI |
|
BERSAMA PENGETUA SMP BKT TINGGI |
|
MAKANAN KEGEMARAN - ROTI BAKAR BANDUNG |
|
HOTEL THE HILL |
Malangnya pada 30 September 2009, daerah Padang telah dilanda gempa bumi yang teruk. Beberapa bangunan serta hotel di Padang telah rosak akibat daripada musibah tersebut.
|
PENIAGA AWAL PAGI DI HADAPAN HOTEL |
Gempar bumi disebut Tanah Longsor telah berlaku di Kabupaten Padang Mariaman, Sumatera Barat. Hotel Ambacang yang setinggi 6 tingkat itu telah runtuh dan rosak teruk. Menurut berita seramai lebih 1,117 orang telah tewas @ terkorban.
Keadaan ini telah merencatkan semangat ahli rombongan yang berhajat ke Bukit Tinggi. Pelbagai cadangan baru telah dikemukakan kerana tiket telah dibeli. Akhirnya kami bertawakal sahajalah. Perjalanan mesti diteruskan. Ahli rombongan pun semakin berkurangan. Alhamdulillah, selepas sebulan lebih keadaan bertambah baik.
|
BERSAMA BAPAK RAHMAN, GUIDE KAMI |
|
TEMPAT PERTAMA PERSINGGAHAN |
Maka pada pagi 5 November 2009 kami pun berangkatlah ke Bukit Tinggi, Indonesia. Awal pagi kami dah sampai ke LCCT. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari KL. Pada jam 9.00 pagi kami sudah sampai ke Lapangan Terbang Minangkabau. Mula-mula sekali kami singgah di Rumah Makan Lamun Ombak Serapan makan Tahu Goreng dengan Air Avocado. Kami mula terasa perubahan suhu semasa menghampiri Bukit Tinggi. Suhunya agak dingin sedikit seperti di Cameron Highland.
Kami menginap di Hotel Benteng. Yang seronoknya bangun pagi-pagi sudah ada penjaja kain, telekung di bahagian hadapan hotel khas untuk ahli rombongan kami. Rajinnya wanita-wanita Minang ini berniaga. Objek Wisata pertama yang kami singgah ialah di Ngarai Sianok di Lembah Anai yang terdapat sebuah kawasan air terjun. Objek ini terletak di pertengahan perjalanan ke Bukit Tinggi. Objek-objek wisata lain yang sempat kami singgah ialah di Lubang Jepang @ Terowong (bunker) yang telah dibina pada zaman penjajahan Jepun tahun 1942.
|
AWAL PAGI DI LCCT |
Satu lagi landmark yang terletak di tengah-tengah Kota Bukit Tinggi ialah Jam Gadangyang merupakan sebuah menara jam Besar. Di Bukit Tinggi juga terletaknya Rumah Kelahiran Hamka. Kami tidak sempat ke sana. Kami juga sempat makan di Rumah Makan Pak Datuk. Kami juga dibawa ke Pasar Aur Kuning. Keadaannya amat sesak. Kalau nak cari kain ela di sinilah tempatnya. Guide kami banyak berhenti di kedai-kedai kain yang menjual jenis bahan daripada kain seperti alas meja, langsir, kemeja, busana muslimah, telekung dan banyak lagi. Antara tempat yang kami singgah adalah Puteri Minang.
Tak cukup di Aur kuning kami pergi ke Pasar Atas untuk mencari kain-kain sulam yang beranika corak. Bingung kepala dibuatnya mana satu nak diselamatkan dan dibawa balik ke Malaysia. Pergi tanpa isteri inilah masalahnya. Tapi alhamdulillah, semua yang dibawa balik amat disenangi oleh isteri yang tidak ikut sama. Kami tidak menginap di Padang.
|
AHLI ROMBONGAN YANG GANTENG |
Pada hari kedua kami sempat melawat ke sebuah sekolah iaitu ke SMP Bukit Tinggi untuk meninjau suasana pembelajaran sebuah sekolah di Bukit Tinggi. Majlis kami telah bermula dengan bacaan Al Quran oleh seorang pelajarnya.
Dari Bukit Tinggi kami terus pulang ke Malaysia pada hari ketiga dengan menaiki pesawat Air Asia pada sebelah petang. Sebenarnya selepas trip pada November 2009, saya telah sekali lagi ke Bukit Tinggi pada tahun 2011. Di post yang akan datang saya akan ceritakan.
|
DI OBJEK WISATA PERTAMA |
|
BAHAGIAN HADAPAN PASAR ATAS |
|
SERAPAN DI LAMUN OMBAK |
No comments:
Post a Comment