 |
BERGAMBAR SEBELUM MENAIKI FERI |
 |
DI PASAR MALAM GUILIN YANG SERBA MERAH |
Salam Blogger,
 |
BERGAMBAR BERSAMA DATUK YAAKUB |
 |
BERGAMBAR BERSAMA GROUP DARI KL |
Sudah beberapa hari aku tidak menulis dalam blog ku ini. Petang ini aku ingin berkongsi cerita tentang perjalananku yang pertama keluar negeri sejak berada di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah. Setelah 3 tahun aku berada di PPD Melaka Tengah, aku telah diajak oleh YB Datuk Yaakub Mohd Amin, Exco Pendidikan dalam Kerajaan Negeri untuk menyertai beliau dan ahli yang lain untuk melawat ke negeri China iaitu ke Guilin. Lawatan kerja ini telah diadakan pada 2 hingga 5 Julai 2009. Ada seramai 20 orang telah menyertai rombongan ini. Kumpulan kami telah bergabung dengan satu lagi kumpulan dari Kuala Lumpur.
Perjalanan kami ke Guilin menggunakan pesawat AIR ASIA. Perjalanannya mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke Guilin.Guilin terkenal sebagai world
famous scenic city. Dan terkenal juga sebagai
one of the most beautiful cities in the world. Gunung-gunung dan bukit-bukit yang menghijau amat mencuri tumpuan. Ditambah pula dengan gua-gua yang menarik serta sungai-sungai besar yang mengalir lesu membuat Guilin bertambah menarik. Bukit-bukit besar yang berbentuk
Gajah dan berbentuk
Unta menjadi tempat tumpuan. Di dalam gua-guanya pula dihiasi dengan lampu pelbagai warna memancar ke arah stalaktit dan stalagmit mengamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

Kami menginap di Hotel Fubo semasa di Guilin. Guide kami seorang Cina yang pandai bertutur dalam bahasa Indonesia. Petah beliau bercerita berkaitan kelebihan yang terdapat di Guilin. Malangnya semasa kami di Guilin hujan lebat telah turun dan menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air. Keadaan ini telah merencatkan perjalanan kami.Aturcara kami untuk menaiki Kapal di Sungai Zijiang terpaksa dibatalkan kerana keadaan yang kurang selamat.
Tetapi kami berpeluang menaiki feri mengelilingi Bandar Guilin yang agak lebih selamat. Ferinya agak menarik. Suasananya sama seperti di Melaka River Cruise. Tetapi ferinya agak lebih tertutup berbanding dengan di Melaka. Kami sempat pergi bersolat di sebuah masjid. Anihnya ada orang-orang Cina Guilin bersolat hanya berseluar pendek.

Tempat-tempat lain yang sempat kami ziarah adalah kilang membuat kain sutera. Kami juga pergi ke Pasar Malam di Bandar Guilin. Amat teratur sekali gerai-gerai yang terdapat dengan semuanya berwarna Merah. Beranika sovenir boleh diperolehi di sini. Trip 4 hari 3 malam begitu pantas berlalu dengan agenda lawatan yang padat.
No comments:
Post a Comment