Saturday 1 August 2015

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT



Image result for tanjung simpang mengayau
 


  
Image result for tanjung simpang mengayau
                                


Image result for tanjung simpang mengayau kudatImage result for tanjung simpang mengayau kudat

Assalammualaikum wbt.
         Alhamdulillah malam ni aku berpeluang mengadap PC ku semula dan menulis sedikit coretan tentang perjalanan aku ke Kudat, Sabah pada bulan Julai 2015 yang lalu. Sememangnya aku tiada ruang untuk menulis semasa bulan Ramadhan yang baru lalu. Apa yang aku sibukkan pun aku kurang pasti. Tapi tugas rutinku yang membuat aku tidak berkesempatan untuk menulis pada bulan Puasa yang lalu.
       Pada minggu ke tiga bulan Ramadhan aku telah terpilih untuk ke Kudat, Sabah untuk menjalankan kajian lapangan di beberapa buah sekolah dalam daerah Kudat. Secara tepatnya aku telah ke Sabah pada 5 Julai 2015 yang lalu. Pasangan ku untuk kajian kali ini ialah Encik Jumat Mat Lani iaitu Timbalan PPD Melaka Tengah. Ini merupakan kali pertama aku ke Kudat, Sabah. Iaitu terletak lebih kurang 175 kilometer dari Kota Kinabalu.  Flight MAS yang membawa kali ke Kota Kinabalu selamat mendarat pada jam 330 petang. Seterusnya kami telah dibawa ke daerah Kudat. Perjalanannya agak sedikit mencabar. Kami singgah di Kota Marudu untuk berbuka puasa pada jam 630 petang. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kudat dan sampai lebih  kurang jam 800 malam. Kami menginap di Hotel Kudat Golf  & Marina Resort.
      Kesempatan berada di Kudat, kami sempat ke Tanjung Simpang Mengayau atau disebut sebagai The Tip Of Borneo. Saya diberitahu bahawa nama asal tempat ini adalah Tanjung Simpang  Mangozau dari bahawa orang Rungus.  Mangozau bermaksud perang. iaitu peperangan antara orang ethnik Rungus  dengan  lanun  dari Moro. Kalau kita melihat peta Borneo, Simpang Tanjung Mengayau ini adalah terletak di bahagian tanduk Pulau Borneo. Perjalanan dari Kudat ke tempat ini mengambil lebih kurang 30 minit sahaja. Pohon-pohon Ru yang menghijau melambai-lambai kedatangan kami pada petang itu. Istimewanya tempat ini adalah kerana di sinilah terletaknya pertemuan dua buah lautan iaitu Laut China Selatan dan Lautan Sulu. Keadaan di sini amat mengasyikan kami dengan tiupan anginnya yang begitu kuat sekali serta diiringi dengan irama deruan ombak yang kadang kala agak menakutkan. Berdekatan dengan Tanjung Simpang Mengayau ini terdapat sebuah Rumah Api di sebuah pulau kecil di tengah laut. Di kawasan ini juga terdapat  banyak sekali chalet untuk penginapan. Pelayar terkenal dunia Ferdinand Magellan disebut pernah singgah di kawasan ini untuk membaiki kapal pelayarannya yang rosak satu ketika dulu. Saya juga diberitahu bahawa kawasan di dasar lautan antara pulau berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau ini terdapat banyak harta karun tertanam di dasar-dasar laut semasa zaman pendudukan Jepun pada satu ketika dahulu.
        Keadaan pantai di sini begitu indah sekali dengan keadaan airnya yang tidak terlalu tercemar. Tetapi yang menakutkan aku adalah keadaan ombaknya yang begitu besar sekali. Kereta tidak dibenarkan turun sampai ke bawah. Oleh itu kami terpaksa menapak untuk sampai ke bahagian yang disebut-sebut bahagian Tips Of Borneo. Terdapat sebuah Globe Besar dibina di sini umpama sebuah Tugu Peringatan di tempat ini. Keindahan tempat ini membuat kami lupa akan kepenatan lebih-lebih lagi di bulan puasa ini.  Kami menghabiskan masa hampir satu jam di sini sambil melihat keadaan chalet yang terdapat berhampiran tempat ini.

No comments:

Post a Comment