SUASANA DALAM KWC |
Salam Blogger Buat semua,
Pada minggu terakhir sebelum berpuasa pada bulan lepas aku telah berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid yang telah diadakan pada 27 hingga 29 Jun 2014 di Hotel Olympic Sport, Jalan Hang Jebat. Pada sebelah petangnya aku sempat berkunjung ke KWC @ Kenanga Wholesale City yang sedang heboh diperkatakan sekarang. Puas juga aku melilau mencari KWC dari hotel penginapan kami. Akhirnya setelah penat menahan teksi yang enggan berhenti, salah seorang driver teksi telah menasihatkan aku supaya mengambil sahaja LRT dari Plaza Rakyat sehingga ke Stesyen Hang Tuah. Kosnya hanya RM 1.20 sahaja. Turun sahaja dari Stesyen Hang Tuah aku telah turun mengikut jalan belakang dan berjalan kira-kira 400 meter sehinggalah akhirnya sampai ke KWC.
Rupanya ramai ahli-ahli kursus telah sampai terlebih awal dari aku. Mereka lebih cekap rupanya. Beranika barangan terdapat di sini. Kebanyakannya daripada sama ada China ataupun Vietnam. Ramai rupanya ahli rombongan Cik Kiah yang telah memborong barang-barang yang dijual di sini. Antaranya kain tudung yang dijual semurah cuma RM10.00. Tetapi dengan syarat membeli dalam kuantiti yang banyak. Petang itu aku sempat membeli dua helai jersi pasukan Argentina yang dijual dengan harga cuma RM 10.00 sahaja. Kebetulan musim bolasepak Piala Dunia hangat pada ketika itu di Brazil. Luasnya tempat ini sehingga akupun tidal larat nak tawaf keliling kompleks. Aku juga diberitahu rakan yang berniaga secara atas talian @ Online juga telah mendapatkan stoknya juga dari KWC. Aku meninggalkan KWC pada kira kira jam 6.45 petang kerana aku difahamkan KWC ditutup pada jam 7.00 malam. Pelbagai jenama yang tidak pernah kita dengar pun terdapat di sini.
Petang itu aku balik ke Hotel Olympic Sport menapak sahaja. Rupa-rupanya KWC tidaklah jauh sangat daripada hotel penginapan kami.
DI KAFETERIA DI TINGKAT ATAS |
DERETAN KEDAI BORONG YANG TERDAPAT |
No comments:
Post a Comment