SUP HAMEED DI UPPER PENANG ROAD |
Semasa aku berada di Pulau Pinang pada bulan September sehingga Oktober 2013 aku sempat mencuba pelbagai tempat tarikan makan yang popular di Pulau Pinang. Pulau Pinang bolehlah dianggap sebagai syurga makanan bagi yang kaki makan. Setiap hari selepas selesai kerja yang perlu disiapkan kami pasti akan dibawa berjalan oleh rakan-rakan dari PPD mahupun JPN Pulau Pinang untuk mencuba beranika jenis makanan istimewa yang terdapat di sekitar Pulau Mutiara.
Sejak hari pertama lagi aku telah dibawa keluar untuk dibelanja makan oleh rakan PPD Timur Laut iaitu Encik Jainuddin dan rakan-rakan. Aku masih ingat lagi, kami dibawa ke Padang Kota untuk mencuba Mee Sotong yang sungguh lazat. Dan ditambah pula dengan ABC yang sungguh mengancam sekali. Berhampiran dengan Hotel B Suites pula terletak kedai Nasi Kandar Pelita yang amat popular di Pulau Pinang.
Pada hari berikutnya selepas mengeposlaju soalselidik kami telah ke Upper Penang Road. Di sini pula terletak sebuah warung yang terkenal dengan pelbagai jenis sup. Tempat ini dikenali sebagai Sup Hameed. Sup dimakan dengan roti amat menyelerakan. Selain daripada Nasi Kandar Pelita yang banyak terdapat di pulau ini terdapat banyak lagi kedai Nasi Kandar yang popular. Antaranya yang diberitahu oleh rakan-rakan adalah Nasi Kandar Line Clear di Penang Road.
Selain Nasi Kandar, di Pulau Pinang juga terkenal dengan Pasembur nya yang merupakan makan yang mesti dicuba jika berada di Pulau Pinang. Banyak terdapat tempat yang menjual Pasembur. Antara tempat yang mesti dan wajib pergi adalah di Gurney Drive berdekatan dengan Gurney Plaza. Tempat ini sememangnya menjadi lokasi kegemaran ramai termasuklah pelancong asing. Kami juga telah dibawa makan di Telok Bahang oleh rakan di JPN untuk mencuba Mee Udang di warung Mee Udang Ayu. Kebiasaannya selak mee nampak Udang tetapi di sini selak Udang barulah nampak mee. Nak menunjukkan betapa banyaknya udang dalam mee.
Kami juga dibawa makan Char Kui Tiau Special di Sg Dua pada malam terakhir di Pulau Pinang. Bercakap tentang Nasi kandar, kami sempat mencuba Nasi Kandar Deen di Jelutong. Pada jam 11.00 malam masih ramai yang beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Kandar. Di Telok Bahang kami telah mencuba Nasi Kandar Khaleel yang dibelanja oleh pihak sekolah yang dilawati.
Aku juga sempat dibawa oleh Encik Mustafa, Kaunslor dari PPD Barat Daya untuk makan Kari Ikan di Kuala Sungai Pinang yang amat special terletak di Balik Pulau.
Kami juga sempat mencuba Laksa Janggus yang juga terletak di Balik Pulau pada satu petang. Satu lagi kegemaran ku di sini adalah ABC Mangga yang boleh meleleh air lior. Ada beberapa lagi tempat yang sempat kami kunjungi untuk mencuba pelbagai lagi makanan istimewa di Pulau Pinang. Malangnya masih ada beberapa lagi tempat yang tidak sempat kami kunjungi kerana kami cuma berada selama dua minggu sahaja di Pulau Pinang.
WARUNG SUP HAMEED |
ANTARA WARUNG YANG TERDAPAT DI PADANG KOTA |
KRIS MENCUBA ROTI TISU DI KEDAI NASI KANDAR PELITA |
PASEMBUR DI GURNEY DRIVE |
ABC MANGGA |
LAKSA JANGGUS DI PADANG KOTA |
NASI KANDAR DEEN DI JELUTONG |
ISTERIKU MENCUBA LAKSA DEKAT QUEENSBAY MALL |
LAKSA JANGGUS DI BALIK PULAU |
RESTORAN NASI KANDAR KHALEEL DI TELOK BAHANG |
No comments:
Post a Comment