Dalam masa beberapa jam saja lagi akan berlepas ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk pemantauan NBOS bersama-sama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM di sekolah-sekolah dalam Daerah Kulim, Kedah yang akan bermula esok 13/7/2014. Esok, Ahad aku ditugaskan untuk ke SK Ayer Puteh, Serdang. Base kami kali ini adalah di Hotel The Summit, Bukit Mertajam. Aku akan menaiki flight ke Bayan Lepas pada jam 1.50 Tengahari ini. Asalnya aku bercadang nak ke sana pagi ini iaitu flight pada jam 9.30 pagi. Tetapi atas nasihat rakan aku telah menukar flight pada jam 1.50 Tengahari ini. Harap-harap segalanya akan berjalan lancar.
Kami akan berada di Kulim sehingga hari Selasa. Pada hari Isnin aku ditugaskan pula ke SMK Padang Serai, Padang Serai. Seronok juga dapat bersama-sama ke Bukit Mertajam kerana aku pernah dibesarkan di sana semasa aku bersekolah di Tingkatan 5 dan 6 pada tahun-tahun 1970an. Banyak kenangan manis dan pahit semasa aku berada di sana dahulu. Kini saya difahamkan sudah banyak perubahan berlaku di bandar Bukit Mertajam. Inshallah pada hari Selasa kami akan bergerak ke Langkawi untuk pemantauan seterusnya di pulau tersebut. Di Pulau Langkawi pula aku ditugaskan ke SMK Mashuri pada hari Rabu dan SK Kilim pada hari Khamis. Kami akan pulang ke Kuala Lumpur pada malam hari Khamis iaitu dengan menaiki flight pada jam 9.30 malam sekiranya tiada apa-apa perubahan. Entah pukul berapalah aku akan sampai Melaka pada pagi Jumaat ini.
Dari cara persembahan Argentina semasa menentang pasukan Belanda beberapa hari lepas sudah terang-terang menunjukkan ciri-ciri sebuah pasukan yang mantap yang boleh muncul sebagai juara kali ini. Dan persembahan pasukan Argentina saya dapati meningkat dari satu game ke game seterusnya. Dan pada hari Ahad ini saya percaya pasukan Argentina akan berada di puncak untuk mengukir satu lagi kejayaan. Satu pasukan yang tidak diberikan pengharapan sebelum kejohanan. Dan sepatutnya apabila kejohanan bolasepak berlangsung di benua itu biarlah pasukan dari benua itu yang menjuarainya. Pada saya sekiranya pasukan Argentina dapat bermain secara keras seperti yang ditunjukkan oleh pasukan Nigeria semasa menentang German, sudah pasti pasukan German akan hilang punca. Pasukan German pada pandangan saya masih lagi dibuai kegembiraan setelah mengalahkan Brazil 7-1 tempohari. Dan rata-rata pandangan yang saya dengar ramai yang memilih pasukan German untuk menjuarai Piala Dunia kali ini. Ini merupakan satu lagi masalah kepada pasukan German.
Akhirkata mudah-mudahan final kali ini akan menjadi final yang menghiburkan. Dan harapan saya juga biarlah segala urusan NBOS saya di Kedah juga akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Ramalan saya keputusan bagi final kali ini adalah 1-0 ataupun 2-1.
No comments:
Post a Comment