|
SEKOLAH YANG PERNAH AKU MENJALANI PRAKTIKAL TAHUN 1980 |
Salam Blogger buat semua pembaca,
Alhamdulillah malam ini selepas balik dari solat terawih di PPD Melaka Tengah tadi aku berkesempatan untuk mencoretkan sedikit pengalaman yang aku alami semasa membantu Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia menjalankan kajian NBOS @ National Blue Ocean Strategy di Pulau Pinang selama dua minggu pada 22 September sehingga 4 Oktober 2013 yang lalu. Kajian ini adalah untuk melihat beban tugas guru di sekolah selepas ditempatkan seorang PT N17 serta seorang FT yang membantu dari segi teknikal.Sekolah-sekolah yang terlibat adalah di BahagianTimur Laut dan Bahagian Barat Daya.
Dalam mesyuarat yang diadakan di Kementerian Pelajaran Malaysia pada petang 20 September 2013 aku mendapat tahu bahawa aku telah diminta untuk ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian beban tugas guru-guru di sana untuk selama 2 minggu. Pada petang 22 September isteri ku dan anak-anak telah menghantar aku ke KLIA kerana flight ke Pulau Pinang adalah pada kira-kira jam 6.30 petang. Saya turut membawa sama 12 bungkusan soalan-soalan soal selidik. Saya dan seorang rakan lagi - Kris telah selamat sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada kira-kira jam 7.30 malam. Kami telah ditempatkan di Hotel B Suites yang kedudukannya tidak begitu jauh dari JPN Pulau Pinang.
Pada pagi Isnin 23 September aku telah memberikan taklimat di Bilik Mesyuarat di JPN Pulau Pinang. Taklimat aku turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya. Selebihnya adalah pegawai-pegawai dari JPN dan PPD Barat Daya dan Timur Laut. Turut bersama adalah beberapa orang kaunselor sekolah yang terpilih untuk membantu menjalankan kajian melalui soal selidik. Perjalanan kami ke sekolah dibantu oleh pihak JPN Pulau Pinang. Sekolah pertama yang aku pergi adalah SMK Haji Zainal Abidin di Jalan Hamilton. Aku telah diiringi oleh seorang pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah JPN Pulau Pinang.
Sekolah-sekolah lain yang sempat aku kunjungi adalah SK Dato Keramat, Jalan Perak.
Aku sempat juga pergi ke SMK Convent Green Lane. Aku teringatkan Nicole David jaguh sukan Squash negara yang pernah bersekolah di sini. Di SJKC Eok Hua, Telok Bahang aku berjumpa dengan Guru Besar yang akan bersara pada penghujung tahun 2013. Bersemangat Guru Besar bercerita tentang rancangan beliau selepas bersara nanti. Aku juga sempat berkunjung ke SJKC Chung Shan. Sekolah ini agak lama juga usianya dan terletak sangat hampir dengan Lapangan Terbang bayan Lepas.
Sekolah-sekolah lain yang sempat aku kunjungi adalah seperti SMK P St George, SJKC Cong Teik, SK Convent Light Street, SMK Jelutong, SMK Abdullah Munsyi, SMK Sg . Ara, SMK St Xavier Institution dan beberapa sekolah lagi. Satu lagi perkara yang aku menyedari daripada kajian yang dijalankan adalah kebanyakann guru di Pulau Pinang bukannya tinggal di bahagian pulau tetapi kebanyaknya tinggal di kawasan-kawasan yang agak jauh seperti Sungai Petani, Kulim, Bukit Mertajam, Nibong Tebal dan beberapa tempat lagi. Keadaan adalah disebabkan harga rumah di Pulau Pinang yang sangat tinggi dan menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa berulang alik dalam jarak yang sangat jauh sekali.
Apa-apa pun aku rasa amat bersyukur dengan keadaan aku di Melaka.
|
MENJAWAB SOALSELIDIK DI SK FRANCIS LIGHT |
|
BAHAN SOALSELIDIK DIPOSLAJUKAN SETIAP PETANG. |
|
BERGAMBAR BERSAMA GURU BESAR YANG AKAN BERSARA |
|
DI SJKC EOK HUA, TELOK BAHANG |
|
SJKC CHONG TEIK |
|
SEKOLAH DEKAT LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS |
|
BERSAMA PENGETUA SMK JELUTONG YANG BERCERITA TENTANG PENDIDIKAN KHAS |
|
TAKLIMAT DI JPN PADA 23/9/13 |
|
ISTERI DAN ANAK-ANAKKU DI KLIA PADA 22/9/13 |
|
SOALAN SOALSELIDIK YANG AKU BAWA BERSAMA |
|
BERSELFIE DALAM FLIGHT PADA PETANG 22/9/13 |
|
SEBUAH APARTMEN DEPAN HOTEL B SUITES |
No comments:
Post a Comment