Thursday, 12 June 2014

2 HARI 1 MALAM DI HOTEL MEGA VIEW KUANTAN

Salam Blogger buat semua pembaca,
           Aku baru sahaja pulang dari bercuti selama 4 hari di Kuala Terengganu dan seterusnya ke Kuantan Pahang.  Bercuti memang seronok sampai tak ingat penat. Dah sampai Melaka petang tadi barulah aku terasa letih satu macam, satu badan. Apa tidaknya bercuti dari darat ke pulau dan balik semula ke darat. Dalam post aku malam ini aku nak bercerita tentang hotel yang aku menginap semalam di Kuantan iaitu di Hotel Mega View yang terletak di Jalan Besar, Kuantan.
            Sebenarnya hanya pada hari Sabtu sebelum kami bercuti pada hari Isnin baru aku sempat menempah hotel tersebut melalui Agoda. Aku telah menempah sebuah bilik Deluxe untuk Hot deal dengan harga RM98/- sahaja. Hotel yang termurah sepanjang 3 malam bercuti. Sebelum itu aku telah mencuba Booking. com tetapi harganya RM129/- Barulah aku tahu bahawa harga antara Agoda dan Booking.com tidak sama harganya bagi hotel-hotel tertentu.
             Pada petang Rabu itu kami telah sampai ke Kuantan agak lewat iaitu hampir jam 8.00 malam kerana hujan lebat yang turun pada petang itu. Alhamdulillah urusan untuk check in agak cepat. Aku bertanya kepada petugas di kaunter di mana restoran yang paling dekat dengan hotel. Gadis Cina itu memberitahu aku supaya makan di Coffee House di hotel sahaja. Aku telah meminta bilik yang berviewkan  dengan Sungai Pahang. Malangnya bilik yang mengadap Sungai Pahang semuanya sudah penuh. Akhirnya aku diberikan sebuah bilik di tingkat 7 yang mengadap Bandar Kuantan. Aku diingatkan supaya masa untuk check out adalah pada jam 12.00 Tengahari. Aku difahamkan bahawa demand untuk bilik hotel ini amat menggalakkan terutama sekali pada musim cuti sekolah ini.
            Walaupun harga bilik hanya RM98/- tetapi biliknya agak luas dan menarik termasuk WiFi disediakan secara percuma. Malam itu selepas solat Maghrib dan Isyak aku keluar mencari kedai makan dalam hujan gerimis. Mujurlah ada Restoran Sup Ayam Kampung terletak berhampiran hotel. Kedai yang diusahakan oleh orang-orang Pattani.  Water Front di Kuantan yang keadaannya seperti tidak terurus. Aku secara kebetulan pula telah berjumpa dengan rakan lamaku semasa belajar di UPM pada tahun 1986/89. Cikgu Ramly Ahmad sudah bersara sejak tahun 2001 lagi.  Kami berbual agak lama juga bertanya khabar berita.  Beliau meminta maaf kerana sudah lupa siapa saya sebenarnya. Almaklumlah beliau kini sudah berusia hampir 69 tahun.
Keesokan pagi aku dan anak-anak telah bersiar-siar di tebing Sungai Pahang di bahagian belakang hotel yang boleh kami anggap sebagai
            Semasa berada di Water Front, kami perhatikan kapal-kapal nelayan yang melalui sungai tersebut dan anak-anak muda yang leka memancing ikan. Kami check out kira-kira jam 1130 Pagi untuk pulang ke Melaka.
           Secara kesimpulannya walaupun hotel ini bertaraf cuma 3 bintang tetapi kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik. Cuma yang mengelirukan sedikit adalah untuk mencari jalan masuk ke hotel berkenaan kerana terpaksa melalui satu lorong belakang kedai kerana kebanyakan jalan di kawasan itu adalah jalan sehala.



OBOR-OBOR DI SUNGAI PAHANG






CAFE DI BAHAGIAN BELAKANG HOTEL


DALAM KAMAR HOTEL

BERSAMA CIKGU RAMLY AHMAD

No comments:

Post a Comment