EHSAN MENDAPAT KAWAN BARU DARI KL |
Pulau Kapas atau Cotton Island terletak kira-kira 6 kilometer dari pekan Marang yang juga dikenali sebagai a sleepy village. Perjalanan ke Pulau Kapas dari Marang tidak melebihi 20 minit perjalanan. Pulau ini dianggap sebagai a Little Haven in the South China Sea menjadi tempat istirehat kepada penduduk tempatan dan juga dari luar Terengganu pada hujung minggu atau pada musim cuti sekolah.
Pulau ini berkeluasan 2 kilometer panjang dan 1 kilometer lebar. Disebabkan kedudukannya yang dekat dengan tanah besar pengunjung jarang menginap di pulau tersebut. Chalet yang terdapat di pulau ini pun tidaklah begitu banyak. Antaranya adalah seperti Mak Cik Gemuk Beach Resort, Kapas Coral Beach Resort, Kapas Beach Chalet, Kapas Turtle Beach Resort dan ada dua tiga resort lagi.
Kami telah mengambil bot laju untuk ke Pulau Kapas dengan tambangnya sebanyak RM35/- seorang untuk dewasa dan RM15/- untuk seorang kanak-kanak untuk pergi dan balik. Perjalanan dengan bot laju cuma mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Kalau memilih untuk naik feri mungkin mengambil masa hingga 20 minit. Ketibaan kami di Pulau Kapas disambut dengan pantai putih yang halus pasirnya dan air laut yang cukup jernih. Sesuai kepada pencinta alam semula jadi. Cuaca pada pagi itu cukup terang dan panas.
Di sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba, menaiki kayak, island hopping, dan boleh juga pergi ke Marine Park untuk melihat ikan-ikan yang sangat jinak. Kami tidak berada lama di Pulau ini kerana perlu segera pulang ke Kuantan. Walau bagaimanapun tercapai juga hajat kami pada cuti kali ini iaitu bercuti di sebuah pulau di Negeri Terengganu. Kami merancang untuk ke pulau-pulau lain yang terdapat di Terengganu pada cuti yang akan datang.

IKAN-IKAN JINAK |
ANTARA CHALET YANG TERDAPAT |
KAYAK UNTUK SEWAAN |
FERI KE PULAU KAPAS |
No comments:
Post a Comment