Thursday, 19 June 2014

ANTARA MINGGUKU YANG HECTIC

DARI KAMAR TINGKAT 21 HOTEL GRAND CONTINANTAL,KL
EN ALI DALAM AGENDA KOMUNIKASI PPPM
            Salam Blogger Buat semua pembaca, 
AGENDA KOMUNIKASI PPPM

                 Seronok rasanya dapat mengadap komputer semula dan membuka blog Homestay Roemahkoe & Destiniku sambil mencoretkan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini bermula dari hari Isnin 16 Jun 2014 sehinggalah ke 20 Jun 2014. Amat hectic sekali minggu ini bermula dari hari Isnin apabila sekolah mula dibuka semula selepas bercuti selama hampir 17 hari.  
            Pagi Isnin lepas aku dan beberapa rakan di PPD Melaka Tengah telah ke PPD Jasin untuk menghadiri satu program berkaitan Agenda Komunikasi PPPM @ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kami difahamkan bahawa program ini diadakan kerana bahang atau demam PPPM di sekolah-sekolah  kurang dirasai oleh warga sekolah. Apa yang amat dirasai jelas pada ketika ini hanya demam bolasepak Piala Dunia yang sedang rancak berlangsung di Brazil.
           Kalau perkara ini diandaikan berlaku di negeri Melaka khasnya di Melaka Tengah memang tidak patutlah kerana setiap kali dalam perjumpaan bersama Pengetua dan Guru Besar  memang perkara ini sentiasa disebut. Terutama sekali apabila kita mengadakan dialog prestasi dengan pihak pentadbir sekolah selalu perkara ini disebut.
TAKLIMAT LITERASI UNDANG-UNDANG

           Pada pagi Selasa, PPDMT telah mengadakan mesyuarat Pengurusan PPDMT  Bilangan 2/14. Mesyuarat telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Penatnya duduk lama-lama membincangkan segala macam perkara yang berlaku dalam menguruskan sekolah-sekolah dalam daerah ini termasuklah isu-isu dalaman. Jam 3.00 petang aku menerima surat tentang satu program bersama semua Guru Penolong Kanan Negeri Melaka yang bermula dari 17-19 Jun 2014. Aku turut diminta bersama khasnya dalam ucaptama Tuan Pengarah Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

UCAPTAMA TUAN PENGARAH PENDIDIKAN
CENDERAHATI DARI TUAN KS KEPADA TUAN PENGARAH


MESYUARAT PENGURUSAN PPDMT BIL 2/14
MESYUARAT DIPENGERUSIKAN OLEH TUAN PPDMT
CENDERAHATI BUAT PENCERAMAH DARI BKT AMAN
 
           Balik rumah jam 5.30 petang aku bersiap sedia untuk ke Hotel Grand Continantal, Kuala Lumpur. Aku bergerak pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah, di lebuh raya kurang kereta pada hala ke KL.  Masuk waktu solat maghrib aku tiba di R&R Seremban. Aku meneruskan saja perjalanan dan sampai di Tol Sungai Besi pada jam 7.35 malam.  Tepat pada jam 8.00 malam aku sudah sampai di lobby Hotel Grand Continantal. Dari Melaka ke Kuala Lumpur :  1 1/2 jam boleh sampai. Kira ok lah tu. Alhamdulillah selamat.  Sempat juga aku makan malam bersama Tuan Pengarah Pelajaran dan Tuan Ketua Sektor PPK.  Setelah mencampak bag ke bilik 2103 aku terus ke Function Hall di Tingkat 10 pada jam 8.30 malam bersama Tuan Pengarah. Secara kebetulan malam itu baju T yang aku pakai sama warnanya dengan Tuan Pengarah. Macam dah berpakat jer kata Tuan KS PPK. Banyak amanat berguna disampaikan oleh Tuan Pengarah kepada semua GPK HEM khasnya kepada GPK HEM yang baru dilantik.
           Pagi Rabu aku sempat mendengar taklimat tentang Literasi Undang-undang oleh seorang pegawai Polis dari Bukit Aman. Jam 3.00 petang aku pulang ke Melaka untuk melihat persiapan program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang @ APC yang akan berlangsung kesokan hari iaitu pada 19 Jun 2014. Aku telah dilantik sebagai  Event Manager. Aku perlu berada lebih awal  dari bos-bos aku di atas. Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun Tuan Pengarah tiba agak lewat.
           Dan esok Jumaat 20 Jun 2014 satu lagi program besar PPD Melaka Tengah akan berlangsung iaitu sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Melaka Tengah yang akan dihadiri oleh YB Datuk Exco. Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan dan berjalan lancar kerana PPD Melaka Tengah Tetap No.1.  Satu lagi minggu hectic sedang menunggu kami minggu depan. Semoga Tuhan memberi kami kekuatan untuk meneruskan setiap agenda yang telah diatur.





No comments:

Post a Comment