Salam Blogger buat semua,
|
LEBUHRAYA DI KUANTAN |
|
KAIN SUTERA DI PASAR PAYANG |
Malam ini aku agak tertarik untuk menceritakan tentang percutian saya dan keluarga pada 9 hingga 10 Jun 2014 yang lalu di Kuala Terengganu. Kami bergerak dari Melaka pada jam 8.00 pagi. Lebih kurang jam 11.00 pagi kami sudah pun berada di Gambang, Pahang. Kami berhenti seketika di Stesen Petron, Gambang. Seterusnya kami telah mengikuti lebuhraya sehinggalah sampai ke Tol di Jabor. Seterusnya kami telah mengikuti jalan lama sehinggalah sampai ke Bukit Besi, Dungun. Kami mengikuti semula lebuhraya dari Bukit Besi sehinggalah sampai ke Kuala Terengganu. Lebih kurang jam 2.00 petang kami sudahpun berada di Kuala Terengganu. Kami telah check in di Hotel Ming Paragon yang berhadapan Sumai Apartmen.
Selepas mengerjakan solat kami terus ke destinasi pertama dalam agenda kunjungan kami iaitu ke Pasar Payang @ Destinasi Wajib Pergi. Kami melalui Jalan Kampung Cina yang kami difahamkan dah menjadi Kampung Warisan di Bandar Kuala Terengganu. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di Pasar Payang dan berjaya menyelamatkan beberapa helai kain sutera Terengganu termasuklah baju Batik Terengganu. Kami turut membeli ole
-ole dari Terengganu untuk rakan-rakan di Melaka
|
MAMALAH YANG PALING CERIA DI PASAR PAYANG |
Pada sebelah petangnya kami telah ke Pantai Batu Buruk. Cukup ramai pengunjung luar yang berada di Kuala Terengganu pada musim cuti persekolahan ini. Kami sempat menikmati makanan laut yang banyak dijual di gerai kawasan pantai Batu Buruk. Dan pada sebelah malamnya seorang rakan lamaku yang sama-sama menuntut di UPM dahulu telah membawa saya bersiar-siar di Bandar Kuala Terengganu. Pelbagai isu kami sembangkan termasuklah tentang MB baru di Terengganu. Hampir jam 12.00 malam barulah saya kembali di Hotel Ming Paragon untuk beristerihat untuk mengumpul semula tenaga bagi meneruskan agenda lawatan kami pada keesokan harinya.
|
KAIN-KAIN SUTERA UNTUK DISELAMATKAN |
|
DUA ORANG HEROKU YANG BOSAN |
|
ANTARA BARANGAN TERDAPAT DI PASAR PAYANG |
|
MAKANAN LAUT DI BATU BURUK |
|
EHSAN YANG SENTIASA TERLIOR BILA BAB MAKAN |
|
MELALUI JALAN KAMPUNG CINA |
|
BERSAMA-SAMA RAKAN LAMA KU ABDULLAH MAMAT |
|
LAYANG-LAYANG DI PANTAI BATU BURUK |
No comments:
Post a Comment