Saturday 21 June 2014

MONUMEN DI TAMAN TAMADUN ISLAM

  

MASJID KRISTAL
GREAT MOSQUE OF SAMARRA,IRAQ
  Salam Blogger buat semua pembaca,
               Di kesempatan ketika berada di Negeri Terengganu Darul Iman baru-baru ini telah memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk  mengenali dan meneroka Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man yang merupakan satu-satunya taman yang bercirikan Islam yang terdapat di dunia ini dari segi rekabentuk dan kebudayaan. Terdapat sebanyak 21 monumen yang terdapat dalam taman ini yang dibina mengikut skala 1:18   dari segi saiz asal.  
              Taman Tamadun Islam (TTI) yang mula dibina pada Mac 2005 terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu ke Taman Tamadun Islam (TTI) ini ialah 4 kilometer.  Projek pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) ini melibatkan 34 kontraktor tempatan di bawah pemantauan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Taman Tamadun Islam (TTI) mempunyai keluasan 22.3 Hektar dengan kos pembinaan RM 249.3 juta.

MASJID XIAN, CHINA
              Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. Masjid yang dibina dari kaca dan keluli ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Masjid Kristal mempunyai keluasan 2,146 meter persegi dan boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. 
          Antara monumen yang terdapat adalah Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan, Taj Mahal di Agra India, Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin, Masjid Al Haram, Mekah, Masjid Suleyman, Turkey, Masjid Xian, China, Al Hambra (Istana Merah), Granada, Spain , Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia dan banyak lagi. Hampir 65% penbinaan taman ini adalah hasil usaha rakyat Malaysia dan selebihnya dari kepakaran dari luar negara.  Di sesetengah monumen disediakan tayangan video bagi memberikan maklumat secara interaktif  kepada para pengunjung. 
               Apabila saja anda masuk anda akan diberikan pasport sebagai tanda lawatan anda. Dan apabila anda meninggalkan Taman Monumen ini pasport anda akan dicop lagi. Banyak keudahan disediakan semasa anda berada dalam taman ini. Antaranya adalah trem, basikal dan buggyuntuk sewaan bagi memudahkan pergerakan anda dalam taman yang agak luas ini. Di akhir kita boleh singgah di Cafe untuk membeli cenderahati dari Taman Tamadun Islam.
              Kami mengambil masa hampir 2 jam semasa berada dalam Taman Monumen ini. Taman ini bolehlah dianggap sebagai sebuah Edutainment Park yang amat sesuai untuk dikunjungi oleh murid-murid sekolah kerana banyak informasi boleh diperolehi jika kita berkunjung di sini.
MASJID OMAR ALI SAIFUDDIN, BRUNEI
ENTRANCE MASUK KE TAMAN MONUMEN
KUBBAH AS-SAKHRAH, BAITUL MUQQADDIS,PALESTIN
    



BASIKAL SEWAAN UNTUK 2 ORANG
PELAN TAMAN TAMADUN ISLAM


PENGANGKUTAN DALAM TAMAN MONUMEN
SERBAN YANG DIGUNAKAN ZAMAN RASULULLAH
BASIKAL SEWAAN UNTUK 5 ORANG
KINCIR AIR TTI MENGGUNAKAN TEORI AL JAZARI
TAJ MAHAL
REPLIKA TAJ MAHAL

















No comments:

Post a Comment