Thursday 5 June 2014

MALAM KENANGAN BERSAMA TIMBALAN



 Salam Blogger buat Semua,
              Malam ini sambil membelek-belek album lama dalam simpanan peribadiku, aku tertarik dengan album yang satu ini. Iaitu tentang satu peristiwa yang berlaku pada malam 3 Februari 2010 bertempat di Hotel Kings Melaka. Pada malam itu kami warga PPD Melaka Tengah telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk Timbalan PPD Melaka Tengah yang kami amat senangi iaitu Encik Abdul Malek bin Haron. Tetamu khas kami pada majlis itu adalah Pengarah Pendidikan Melaka ketika itu iaitu Cik Hajah Julia bt Leman.
             Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah ketika itu adalah Encik Abdul Mutalib bin Osman.  Kami warga PPD rasa amat terkejut juga dengan pemergian Timbalan PPDMT ketika itu kerana beliau baru sahaja menjawat jawatan tersebut pada tahun 2009. Walau bagaimanapun kami redha dengan pertukaran tersebut kerana kami difahamkan bahawa Encik Abdul Malek Haron mendapat satu kenaikan Gred yang lebih baik lagi iaitu ke gred 52 dengan pertukaran tersebut.
            Beliau ditawarkan untuk menjawat jawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah di Tawau, Sabah, Negeri Di bawah Bayu. Iaitu di sebuah sekolah di kawasan Tanah Rancangan Felda. Tahniah dan syabaslah diucapkan kepada beliau. Harapan kami Encik Abdul Malek akan balik semula ke Melaka satu hari nanti sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.
          Kami agak tersentuh juga ucapan Encik Abdul Malik pada malam itu ketika beliau menyebut tentang keadaan ibunya yang sudah berusia dan uzur yang akan ditinggalkan di Kampung Lendu, Alor Gajah, Melaka. Saya difahamkan Encik Abdul Malek akan berada di Sabah sekurang-kurangnya selama 2 tahun sebelum boleh meminta untuk bertukar semula ke Semenanjung. Dan saya difahamkan bahawa beliau kini sudah kembali ke Semenanjung dan kini menjadi Pengetua di sebuah sekolah di Selangor.
             Dalam ucapan Tuan Pengarah Pendidikan Melaka pada malam itu beliau telah mengucapkan selamat maju jaya dalam perkhidmatan sebagai seorang Pengetua di Sabah nanti. Sentiasa beringat-ingat dan berwaspada ketika berada di tempat orang seperti di Sabah.
             Majlis pada malam itu telah berakhir dengan penyampaian cenderahati dari setiap unit di PPDMT kepada tuan Timbalan yang akan bertukar ke Sabah.













No comments:

Post a Comment