Saturday 14 February 2015

DI HARI PERSARAAN ENCIK OTHMAN SAGAP


              Salam Blogger buat semua,
Tarikh 27 March 2014 merupakan satu tarikh yang pastinya akan diingat oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah yang ke 6, Encik Othman bin Sagap kerana tarikh itu beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang penjawat awam setelah sekian lama menumpahkan keringat dalam dunia pendidikan.
Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah sesungguhnya rasa satu kehilangan atas persaraan Tuan Othman bin Sagap.
Seorang ketua yang mudah diajak berunding dalam segala urusan kerja.  Satu lagi kegemaran beliau yang jarang ada pada orang lain adalah beliau amat suka memasak.  Sekiranya ada majlis atau sambutan hari-hari perayaan beliau pasti menunjukkan bakat memasaknya dan dibantu oleh anak-anak buahnya yang lain. Dapatlah kami semua menikmati masakan-masakan yang pernah beliau masak sepanjang beliau berada di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah.
             Pada tarikh 27 March 2014 kami telah memilih Hotel Holiday Inn di Banda Hilir untuk majlis persaraan Tuan PPD. Ramai pengetua dan Guru Besar hadir ke jamuan Hi Tea yang telah kami rancang. Mantan-mantan Pengarah serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Melaka yang sudah bersara turut hadir sama ke majlis tersebut. Tuan Pengarah Pendidikan Melaka @ Hj Mohd Rashid b Hussin yang baru juga turut hadir ke majlis tersebut.
            Pada kesokan harinya iaitu 28 March 2014 bersamaan hari Jumaat kami telah mengadakan majlis Send Off nya di perkarangan PPD Melaka Tengah. Sesungguhnya seorang pemimpin itu datang dan pergi dan silih berganti.

   





















No comments:

Post a Comment