Wednesday 25 February 2015

DIALOG PRESTASI PPDMT BILANGAN 2/2015


MELANCARKAN MOTTO PPD ; ABOVE AND BEYOND OTHERS
YB DATUK WIRA MOHD YUNOS HUSIN
MAJLIS DIALOG BERSAMA TUAN PPD
NAIB CANCELOR UTeM
MODERATOR MAJLIS DIALOG
UCAPAN TUAN PPD MELAKA TENGAH

Salam Blogger buat semua pembaca,
           Pagi tadi 24/2/2015 @ Selasa telah berlangsung Dialog Prestasi peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah buat Kali ke 2.  Dialog kali ini dirasmikan oleh YB. DATUK WIRA HJ. MD. YUNOS BIN HUSIN Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi. Dialog Prestasi kali ini turut dihadiri oleh Prof. Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknikal Melaka, Malaysia yang baru dilantik pada tahun lepas.
            Program telah bermula pada jam 8.30 pagi . Seperti kebiasaan majlis ini membincangkan tentang data-data yang terdapat dalam Dashboard Kementerian 
Pendidikan Malaysia. Data-data ini menggambarkan keadaan yang berlaku di sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kehadiran murid-murid ke sekolah sepanjang tahun 2015. Selain ini data juga turut menggambarkan tentang tahap salahlaku murid-murid dalam daerah Melaka Tengah. Ponteng sekolah masih merupakan salahlaku disiplin yang tertinggi di kalangan murid sekolah.
          Pentadbir-pentadbir  sekolah telah memberikan feed back yang positif  berkaitan dengan sekolah masing-masing. Misalnya tentang  langkah intervensi yang telah dijalankan sekiranya masalah ponteng amat tinggi di sesebuah sekolah itu. Bagi sekolah-sekolah yang baik pula telah berkongsi pandangan tentang program-program yang dijalankan di sekolah masing-masing sehingga peratus kehadiran sekolah tersebut sangat baik dan boleh dicontohi.
       Selain itu itu telah dipaparkan tentang sekolah-sekolah yang meningkat dalam Band  sekolah masing-masing. Sekolah-sekolah yang jatuh Band telah memberikan sebab mengapa kedudukan Band sekolah boleh jatuh. Bahagian Unit Pengerusan sekolah pula telah membentangkan tentang isu-isu yang timbul di kalangan guru-guru alam daerah Melaka Tengah. 
       Daripada tinjauan rambang, rata-rata Pengetua dan Guru Besar telah memberikan respons yang positif terhadap dialog yang telah dijalankan ini.

No comments:

Post a Comment