PELBAGAI JENIS MINUMAN YANG DIBERI SECARA PERCUMA |
Jika ke Bali, jangan lupa singgah di tempat pemprosessan kopi luwak. Kopi Luwak adalah kopi hasil dari pencernaan musang. Iaitu, musang yang diberi makan kopi dan hasil pencernaan dijadikan kopi. Dikatakan kopi luwak ini mempunya banyak khasiatnya.
Walaupun begitu, status halal dan haramnya menjadi persoalan. Tapi menurut muzakarah juga pandangan bahawa kaedah fiqiyyah menetapkan hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya.
Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Muzakarah juga bersetuju memutuskan bahawa biji kopi luwak dalah bersifat mutanajis dan ia harus dijadikan bahan minum dengan syarat biji kopi masih keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam. Selain itu, biji kopi luwak hendaklah disucikan terlebih dahulu dari najis. Informasi dari E-Fatwa
Semasa di Bali pada Disember 2013 yang lalu aku berkesempatan ke Madu Pertiwi yang terkenal dengan pemprosessan kopi luwak. Banyak sebenarnya tempat pemprosessan kopi luwak tapi di sini mempunyai keistimewaan tersendiri. Yang pasti semua minuman boleh dicuba percuma kecuali kopi luwak yang yang dikenakan bayaran 50 000 rupiah secawan atau lebih kurang RM15/- secawan
BIJI KOPI YANG BELUM DIPROSES |
PELBAGAI MINUMAN DIBERI SECARA PERCUMA |
No comments:
Post a Comment