waktu kulukis malam dengan hatiku, manusia sekeliling sedang berahi dirangkul gelita tetapi aku memilih untuk mengutip mawar dan harumnya untukku nikmati makna kehilangan sebuah kesepian. dalam pekat malam, resah tiba-tiba menjadi sekawan lebah kemudian memuntahkan madunya ke tubuhku. begitulah antara halus cahaya dan deru angin di dada malam aku menjadi sendu antara tahajud dan tasbih antara taubat dan istiqarah. Rabb, demi malam-Mu berikan aku sendu untuk kukenal sebuah makam rindu.
Friday, 6 March 2015
HO CHI MINH : BANDAR MOTORSIKAL
Salam Blogger buat semua pembaca,
Aku berkesempatan ke bandaraya Ho Chi Minh atau juga disebut sebagai Saigon pada pertengahan Disember 2014 yang lalu. Sebaik sahaja aku meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Soon Nat aku telah melalui satu keadaan bandaraya yang didominasi oleh motosikal-motosikal yang terlalu banyak berbanding dengan kenderaan-kenderaan lain. Maka tidak hairanlah mengapa bandar ini dipanggil sebagai Bandar Motosikal.
Aku diberitahu bahawa di Saigon penduduknya melebihi 10 juta jiwa. Dan bilangan motosikalnya pula ada sebanyak 5 juta rakyatnya menggunakan kenderaan motosikal sebagai pengangkutan utama. Di setiap hentian lampu isyarat kita boleh melihat deretan panjang motosikal yang berhenti menunggu lampu hijau. Maka dengan itu tidak hairanlah suasananya menjadi terlalu sesak dengan motosikal di bandaraya ini. Tetapi yang menariknya cara mereka memandu tidaklah begitu laju. Maka jaranglah berlaku kemalangan di jalanraya. Mereka suka menekan hon, lebih-lebih lagi ketika hendak memotong. Membunyikan hon bukannya bermaksud mereka marah tetapi sekadar hendak memberitahu bahawa mereka ada di situ. Kebanyakan motosikal yang terdapat adalah jenis skuter. Motor kapcai jarang ditemui. Bahu-bahu jalan yang merupakan kaki lima kedai menjadi tempat utama untuk "parking" motosikal mereka.
Mereka yang pertama kali sampai di bandar ini tentunya berasa bimbang dan risau apabila ingin melintas di jalanraya kerana banyaknya motosikal yang lalu lalang. Tetapi satu perkara yang terpuji adalah mereka akan memberi laluan kepada pejalan-pejalan kaki yang ingin melintas. Oleh itu jarang kita melihat kemalangan berlaku di Saigon. Dari segi keselamatan pula pengguna-pengguna motosikal ini menggunakan topi keledar serta menutup bahagian hidung dengan kain penutup seperti topeng yang banyak dijual dengan beranika corak menarik semasa membawa motosikal.
Sebagai panduan untuk pergerakan bagi mereka yang datang melancung seorang atau berdua adalah dinasihatkan menggunakan motosikal. Motosikal ini boleh disewakan dengan harga sewaan sebanyak VND 150,000.00 @ RM23/- untuk sewaan sehari. Dengan menggunakan motosikal kita mudah mencelah di mana-mana aje di bandaraya ini dengan motosikalnya umpama lautan di jalanraya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment