Thursday, 19 March 2015

MALAM BERSAMA UNCLE ROCKY


         



           Salam blogger buat semua pembaca,            

           Selama ini aku hanya tahu tentang kopi Luwak yang pernah aku minum di daerah Kintamani, Bali ketika aku berkunjung ke pulau peranginan itu pada penghujung tahun 2013 yang lalu. Amat unik sekali kopi ini yang datangnya dari najis musang. Diadun sebegitu rupa sehingga menghasilkan rasa kopi yang amat menyegarkan. Awal tahun ini semasa berada di Kota Jakarta aku sempat mencuba lagi kopi Luwak ini sekali lagi yang telah dikomersialkan begitu menarik dan menjadi seolah-olah seperti StarBucks, Indonesia yang sudah terkenal seantero dunia itu.          Pada akhir tahun 2014 pula aku telah sempat mencuba kopi Vietnam yang selalu diperkatakan oleh mereka yang pernah pergi ke Bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon. Kopi Vietnam ini memang sedap. Minum sekali mesti hendak lagi. Ada ramai penjual kopi ini di sekitar Pasar Ben Thanh. Kopi Vietnam dianggap sebagai antara kopi yang terbaik di dunia dan yang terbaik di Asia.         Malam ini semasa aku berada di Marina dekat Kota Laksamana, Melaka berhampiran dengan lokasi Eyes On Malaysia  satu ketika dahulu. Aku berjumpa dengan Uncle Rocky yang terkenal dengan Rocky Cafe. Aku diberitahu bahawa beliau telah mulakan perniagaan kopinya sejak setahun yang lalu. Apa yang menarik ialah beliau menggunakan sejenis kereta lama yang telah dihias dengan begitu cantik sekali sesuai dengan tema iaitu sebuah Cafe Bergerak. Beliau memulakan perniagaannya dari jam 11.00 pagi sehinggalah ke larut malam dan kadang kala sehingga jam 12.00 tengah malam.

                Kopi yang beliau jual adalah kopi Lao yang berasal dari Laos. Pertama kali aku mendengar kopi Lao. Kopinya merupakan 100% kopi arabica organik yang ditanam di kawasan tanah tinggi di Laos. Kopi ini mula diperkenalkan pada tahun 1920an oleh pihak penjajah Peranchis. Pokok kopi ini di tanam di Dataran Tinggi atau di Bolavan Plateau di bahagian Selatan Laos yang terdapat tanah volcanik yang begitu sesuai dan membolehkan pokok kopi ditanam dengan begitu banyak  dan subur sekali.  Aku meninggalkan Uncle Rocky pada malam itu setelah 2 gelas kopi ais habis ku minum.  Aku pun meninggalkan Uncle Rocky dan pemancing-pemancing ikan yang berada di kawasan itu dengan satu pengalaman baru.     
          


   

No comments:

Post a Comment