



Selalu kami mendengar tentang makan di Cafe IKEA. Makanan yang special kat sini ialah Meatball, makanan yang berasal dari Sweden. Tempat ini selalunya full house especially pada hujung minggu. Semua orang ingin mencuba meatball di IKEA, Mutiara Damansara. Awal-awal dulu ada orang kata meatballnya dicampur dengan daging kuda tetapi setelah disiasat dan telah diakui bahawa meatball di IKEA ada 100% daging lembu halal.

Terdapat juga beberapa hidangan lain yang dijual di sini termasuklah nasi. Berserapan di sini kenyangnya sampai ke malam. Tidak perlulah nak makan tengahari. Aku ingatkan 15 biji meatball susah nak habis rupa-rupanya sekelip mata habis. Terpaksalah si Ehsan order lagi 15 biji. Lepas tu barulah Ehsan angkat tangan surrender tak larat lagi. Airnya pulak fillfree...bayar RM 2/- minumlah sepuas-puasnya baik yang sejuk mahupun yang panas. Pelbagai jenis kuih muih tempatan juga ada terdapat di sini termasuk karipap. Terdapat juga pelbagai jenis muffin antaranya Muffin Blueberry, egg tart, Apple Pie dan ayam gorengnya.
Selamat mencuba. Bye
No comments:
Post a Comment