Friday, 20 March 2015

AKU TIDAK AKAN PERGI

Salam Buat Semua,
       Cinta sejati itulah yang diimpikan oleh semua orang. Ada orang yang rela mati kerana cinta. Seperti apa yang berlaku dalam kisah klasik Romeo dan Juliet. Banyak orang berkata cinta itu tidak bisa diluahkan dengan kata-kata. Maknanya di sini terlalu indahnya cinta itu sehinggakan tiada kata-kata yang boleh menggantikan  atau menggambarkan keadaan yang terlalu indah itu. Wow !!! begitu sekali indahnya sebuah cinta itu. 

      Ya, memang benar cinta itu tidak dapat dilihat fiziknya bak angin yang berlalu, cinta itu tidak dapat dicium aromanya bak bunga-bunga di taman, tidak dapat didengar melodinya bak buluh perindu tapi kita mampu menyentuhnya dan memilikinya dengan hati kita sepenuh jiwa.

       Perkara yang seterusnya yang bermain di minda kita, persoalan adakah cinta kita sejati kepada pasangan kita. Cinta sejati sebenar tidak mudah diukur. Atau pun tiada kayu pengukurnya. Ianya berjalan bersama-sama waktu yang sama-sama kita lewati dengan menempuh pelbagai peristiwa. Peristiwa suka mahupun yang duka. Dan cinta itu tidak akan disebut cinta sejati  selagi kita tidak mensejatikan cinta itu. Cinta tidak hanya sejati sekadar  hanya dengan sebuah pernikahan. Sejatinya sesebuah cinta itu adalah letaknya kepada kuatnya benteng pertahanan cinta antara mereka iaitu dengan disirami oleh kasih sayang, kejujuran sampailah ke akhir hayat sebuah riwayat.

      Cinta yang sejati itu tidak hanya sekadar tersenyum ketika bersua, tetapi juga terharu sehingga tidak sedar air mata sedih yang menitis jatuh di bahu. Cinta sejati juga tidak akan memandang kekurangan pasangannya sebagai kelemahan, tapi sebaliknya sebagai satu keindahan buat dirinya yang orang lain tidak nampak.

      Akhir kata, cinta sejati tidak datang dari pandangan mata tetapi juga dari gejolak hati, jika ada keraguan di hatimu, lupakanlah, dia bukan untuk mu. Aku ingin akhiri entry kali ini dengan sebuah lagu dari Bunga Cinta Lestari yang bertajuk Cinta Sejati. Bye.

No comments:

Post a Comment