Antara pekerjaan yang boleh dilakukan di sini adalah menjadi pembaca berita atau pengulas sukan dengan TV3, bekerja sebagai seorang ahli bomba, menjadi seorang pakar bedah, menjadi anggota Polis, bekerja sebagai pembuat burger di Marry Brown, pembuat sushi di Sushi King, menjadi juruterbang dengan AirAsia dan banyak lagi. Masa 4 jam yang diperuntukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut adalah tidak mencukupi.
Kidzania di Damansara Mutiara ini sudah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu. Barulah aku tahu rupanya Kidzania ini mulanya berasal dari Mexico pada tahun 1999. Idea kewujudannya datang dari Xavier Lopez Ancona seorang usahawan berasal dari Mexico. Beliau bersama dengan rakan kongsinya pada tahun 1996 telah mengusahakan idea ini sehingga Kidzania pertama dimulakan pada tahun September 1999 di Santa Fe, Mexico. Kini sudah mempunyai operasi di lebih 14 buah negara. Antaranya di Tokyo, Lisbon, Seoul, Mexico City, Bangkok, Dubai dan banyak lagi. Taman tema ini sebenarnya berkonsepkan pendidikan iaitu memberikan pengalaman dengan cara yang selamat, unik kepada golongan kanak-kanak iaitu melakukan pekerjaan sebagai polis, doktor misalnya dan kemudian dibayar kepada anak-anak ini.
Jika anda berada dekat The Curve, Damansara Mutiara, anda akan berjumpa dengan sebuah bangunan yang terdapat kapal terbang terkeluar berdekatan dengan IKEA di situlah letaknya Kidzania, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment