Sunday, 8 March 2015

PBMP REUNION 2.0 DI KUCHING


     




       Salam Blogger buat semua pembaca,
                  Syukur alhamdulillah pada 27 Feb 2015 sehingga 1 Mac 2015 yang lalu telah berlangsung Majlis Reunion Kumpulan PBMP UPM sesi 1986/89 di Kuching , Serawak. Walaupun pertemuan kali ini hanya dihadiri oleh 11 orang ahli daripada 120 jumlah ahli keseluruhan program berjalan lancar dan meriah  kerana telah disertai oleh keluarga masing-masing. IPG Batu Lintang telah menjadi saksi pertemuan kali ini. Ini merupakan pertemuan kali ke 2 selepas pertemuan pertama diadakan pada November 2014.
                  Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mahmud Jusoh yang telah mengatur program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang telah turut serta iaitu Saudara Abu Bakar bin Surin yang juga merupakan Penghulu kami semasa belajar du UPM dulu. Haji Burn telah datang bersama anak dan isteri. Selain itu Saudara Adam Sukarno dari Selangor juga hadir sama bersama isteri. Saudara Zainul Abidin atau Cino dari Temerloh juga turut hadir bersama isteri. Saudara Lokman bersama isteri dan anaknya Iqbal turut hadir sama. Lain-lain rakan yang turut hadir adalah Saudara Yahaya Suip bersama isteri, Saudara Muhammad Bokhari bersama isteri dari Melaka, saudara Azmin Hassan bersama isteri, Saudara Salim Ahmad bersama isteri dari Banting dan akhir sekali Saudara Mahmud Jusoh yang berasal dari Kelantan kini menetap di Kuching.

               Antara pengisian program kami kali ini adalah berserapan pagi di Kopi O Corner di Satuk, Pelbagai makanan special Serawak telah kami cuba. Antaranya Mee Kolok, Laksa Serawak dan macam-macam lagi. Selepas itu kami telah ke Jong's Crocodile Farm, Siburan. Selepas itu kami telah ke kilang kek Lapis Hajah Salha. Pada sebelah petang kami telah ke Pasar Satuk untuk mencari buah tangan untuk dibawa balik.
         Pada sebelah malamnya bertempat di Cafe IPG Batu Lintang, kami telah mengadakan majlis doa selamat buat rakan-rakan telah kembali ke rahmatulah iaitu seramai 11 orang dan sedikit jamuan.
Setiap orang telah diberi peluang untuk berucap pada malam itu. Saya telah meninggalkan pada pagi Ahad 1 Mac 2015 kerana terpaksa memenuhi jemputan perkahwinan di Kuala Lumpur pada hari Ahad. Diharapkan perancangan kami untuk pertemuan seterusnya di Kundasang, Sabah pada bulan Oktober 2015 akan menjadi realiti dan lebih ramai yang akan turut serta untuk Reunion 3.0 nanti.
  




 


















No comments:

Post a Comment