Friday, 20 March 2015

TANGKAP AKU DALAM TERANGMU


           












 Salam Blogger buat semua,
         Malam ini aku ingin berbicara tentang soal perasaan yang ada dalam diri setiap orang. Dalam diri seseorang itu ada pelbagai jenis perasaan. Antaranya adalah perasaan gembira. Semua orang pernah ada perasaan ini. Baik yang kaya mahupun golongan miskin. Yang miskin gembiranya apabila berjaya mendapat rezekinya setelah penat bekerja dalam sehari. Dan yang kaya pula gembiranya mungkin disebabkan perniagaannya yang diusahakan selama ini mendatangkan keuntungan besar pada syarikatnya.
     
          Perasaan lain yang ada pada seseorang itu adalah perasaan bangga diri. Perasaan 
ini tercetus apabila seseorang rasa dihormati dan dihargai oleh orang lain. Atau berjaya mencapai apa yang diharapkan selama ini. Sebagai contoh, seseorang itu akan berasa bangga apabila dirinya dipuji kerana kejayaannya dalam bidang pelajaran setelah berusaha keras ke arah kejayaan itu.     
         Satu lagi perasaan yang ada pada diri seseorang itu adalah perasaan kecewa. Perasaan ini timbul apabila seseorang itu misalnya ditipu oleh seseorang yang sangat dipercayai sebelum ini. Perasaan ini sebenarnya adalah satu pengajaran yang amat berguna dalam hidup seseorang kerana pengalaman itu mengajar kita supaya lebih berhati hati di lain waktu. 
        Dan satu lagi perasaan yang ingin saya  sentuh adalah perasaan cinta. Adalah bohong kalau saya kata kita tiada perasaan itu. Cinta adalah sesuatu yang suci anugerah Tuhan. Kesetiaan, kesabaran, pengorbanan, pemberian akan menyuburkan perasaan cinta itu. Sebaliknya kekasaran, egoisme, penyelewengan akan mengikis rasa cinta itu.  Cinta adalah perasaan yang timbul di mana adanya rasa keinginan untuk saling mengerti dan memahami. Memang benar cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan. Dari perasaan ini kita dapat merasakan satu keajaiban  seperti bahagia, sedih, kecewa, derita, sakit dan bermacam-macam lagi.
         Saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah lagu dari Ayushita yang bertajuk 
" Tuhan berikan aku Cinta"  dari sebuah filem bertajuk Ketika Cinta bertasbih. Selamat mendengar dan semoga terhibur.






No comments:

Post a Comment