Dalam aku menyelongkar koleksi photo-photo aku tahun lepas aku terjumpa dengan photo pertemuan pertama Kumpulan PBMP Zon Selatan. Pertemuan pertama ini telah berlangsung di sebuah kedai Sate depan Stesyen Bas Muar. Kami bertemu di RH Cafe menikmati sarapan Sate serta hidangan sampingan yang lain. Sememangnya sudah jadi lumrah di sini mereka bersarapan dengan sate. Cukup banyak kedai sate di Bandar Maharani ini. Pertemuan ini berlangsung pada 21 September 2014 bersamaan hari Ahad. Saya ke Muar pagi ni dengan Haji Azmin rakanku dari Melaka.
Rakan-rakan dari Johor yang hadir sama pada pagi ini ialah Haji Rasid, Haji Yahya Suip dan Haji Ahmad Abu. Haji Zubir Mohd Nor yang tinggal di Sebatu turut hadir sama pada pagi itu. Perbualan kami pada pertemuan pertama ini banyak berkisar kepada aktiviti masing-masing kerana kebanyakannya sudah menjadi YB@Yang Bersara. Kami turut berbincang tentang program-program yang akan diadakan selepas ini kerana pada penghujung bulan November 2014 akan berlangsung satu perjumpaan PBMP 1986/89 di Ipoh, Perak. Bagi kumpulan ini kami merancang untuk mengadakan perjumpaan seterusnya pada bulan Disember 2014 nanti. Antara perbincangan kami pada pagi itu adalah merancang pertemuan di Pulau Besar, Melaka. Dan satu lagi projek adalah pertemuan di Surabaya, Indonesia pada tahun 2015.
Kami mengharapkan dalam perjumpaan kedua nanti, bilangan ahlinya akan bertambah ramai berbanding dengan pertemuan kali pertama ini. Pertemuan pagi ini selesai setelah hanya lidi-lidi sate sahaja yang masih tinggal di atas meja. Sekian
No comments:
Post a Comment