Sunday, 1 February 2015

HADYAI / SONGKLA : DISEMBER 2014


PENIAGA TELUR PUYUH DI FLOATING MARKET


GUIDE KAMI SEPANJANG LAWATAN

DI CHAM PUAK CAMP
Salam Blogger buat semua,
          Pada penghujung bulan Disember 2014 yang lalu aku telah berkesempatan ke Hatyai dan Songkla  bersama beberapa rakan dari pejabat dan juga dari sekolah-sekolah.
         Kami bergerak dari Melaka pada lebih kurang pada jam 6.00 petang. Kami telah berhenti di R&R Dengkil untuk solat Maghrib dan Isyak. Awal pagi  25 Disember kami sudah sampai di sempadan di Bukit Kayu Hitam. Jam 9.00 pagi kami bersarapan di pekan Sadao. Pergerakan kami seterusnya adalah ke Hatyai. Kami ditemani oleh seorang Guide yang berasal dari Pattani, yang bertutur dengan loghat Kelantan.
       Selepas makan tengahari kami telah checkin di Hotel Rama Hatyai.  Kami juga sempat dibawa ke Nora Plaza untuk membeli ole-ole untuk dibawa pulang saperti kacang, gajus, asam jeruk dan pelbagai lagi. Petang itu saya telah mengambil Tuk-tuk untuk pergi ke pasar Hatyai untuk mencari barangan yang dipesan oleh isteri. Pada sebelah malamnya pula kami telah ke Nite Market, Hadyai dengan rakan-rakan untuk melihat suasana pasar malam di Hatyai.
AIS KRIM DALAM TEMPURUNG KELAPA
      Pada keesokan harinya kami telah ke Songkla yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Hatyai.  Di Songkla kami sempat pergi ke Khao Tang Kuan atau Bukit Tang Kuan. Dari atas Bukit ini kami dapat melihat panorama seluruh bandar Songkla. Untuk naik ke Bukit Tang Kuan kami perlu membayar RM3/ atau THB30.
PASAR TERAPUNG YANG TIDAK LAGI BERADA ATAS SUNGAI
DALAM PERJALANAN BALIK KE MALAYSIA
            Semasa di Hatyai, kami juga sempat berkunjung di Chang Puak Camp. Di sini kita akan berpeluang untuk menaiki gajah dengan dikenakan bayaran sebanyak THB500. Kita akan dibawa dengan melalui trek yang telah disediakan. Dalam perjalanan pulang ke Hatyai kami telah singgah ke sebuah masjid yang agak besar juga di Songkla dikenali sebagai Masjid Jamek Songkla yang merupakan masjid yang terindah dan terbesar di selatan Thailand. Masjid ini terletak dipinggir lebuhraya Hatyai Songkla. Masjid ini siap dibina pada tahun 2009 dan menelan kos sebanyak THB3 00 Juta Bath.
          Petang itu kami sempat ke pasar terapung atau dikenali dalam bahasa Thai sebagai Klong Hae. Malangnya kali ini para peniaga tidak berada di dalam sampan tetapi berada di atas darat memandangkan keadaan air sungai yang semakin naik akibat musim hujan pada hujung tahun. Walau bagaimanapun bilangan orang yang datang masih tetap ramai walaupun  keadaannya agak berbeza sedikit daripada kebiasaan. Menikmati pelbagai jenis makanan di sini adalah satu tarikan yang tiada di pasar malam di Malaysia dan ditambah pula dengan kreativiti rakyat Thailand mempersembahkan makanan yang dijual. Perghh.
        Di hari ketiga kami meninggalkan  Hadyai dengan pelbagai kenangan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sudah pergi baru tahu. Bye

PENIAGA DI PASAR TERAPUNG


DI BUKIT TANG KUAN


PATUNG KEPALA NAGA DI TASIK SONGKLA


DI ATAS BUKIT TANG KUAN

PANORAMA SONGKLA DAI ATAS BUKIT TANG KUAN

PENIAGA BUAH DI HATYAI

AIS KRIM DI NORA PLAZA

PENIAGA AISKRIM DI PANTAI SONGKLA

SONGKLA DARI ATAS BUKIT TANG KUAN


MENIKMATI TOMYAM 



MENIKMATI TOMYAM LAZAT


MALAM DI HATYAI DARI JENDELA HOTEL


MENAIKI TUK-TUK

PENIAGA JALANAN MENYERUPAI WAK DOYOK


SABUN MENYERUPAI JAGUNG

KREATIFNYA ORANG THAILAND

PENIAGA DI PANTAI SONGKLA

DI CHAMP PUAK CAMP
MASJID JAMEK SONGKLA

PENIAGA JALANAN DEKAT HOTEL

BEG COACH YANG DIPESAN ISTERI

PENERANGAN TENTANG KHASIAT MADU

No comments:

Post a Comment