|
DI HADAPAN CENTRAL MOSQUE- JAMIA AL Muslimin |
Salam Blogger buat semua,
|
OPERA HOUSE |
Hari terakhir ini lebih kepada free and easy. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan pergi ke Pasar Ban Than untuk melihat suasana pagi di Pasar Ban Than. Amat sibuk sekali dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Aku sempat merakam beberapa sudut menarik yang aku temui di sini. Flight kami adalah pada pukul 7.30 malam. Petang itu selepas check out aku sempat pergi ke beberapa lagi tempat di Kota Ho Chi Minh ini. Kami tidak mengambil teksi kerana takut ditipu. Kami telah dinasihatkan supaya hanya mengambil teksi Vinasun sahaja jika hendak menggunakan teksi.
Mula-mula kami telah ke Masjid Jamia Al Muslimin yang terletak di District 6 iaitu di Binh Tien Street. Kami sempat bersolat Zuhor bersama-sama para jemaah yang lain yang terdiri daripada orang tempatan dan juga orang Pakistan. Masjid ini adalah salah satu daripada 12 mesjid yang terdapat di bandar ini. Central mosque ini telah wujud sejak tahun 1935 lagi.
|
DI HADAPAN OPERA HOUSE |
|
SELAMAT TINGGAL HO CHI MINH |
Masjid ini telah dibina oleh orang Islam dari Selatan India yang menetap di Ho Chi Minh. Berdekat dengan masjid ini terdapat beberapa restoran halal yang dibuka oleh rakyat Malaysia. Berdekata dengan masjid ini terdapat sebuah Opera House atau lebih dikenali sebagai
Saigon Opera House.
Opera House ini terletak di Le Loi Avenue. Senireka bangunan ini lebih kepada pengaruh budaya Perancis kerana telah dibina oleh seorang arkitek yang berasal dari Perancis yang bernama Ferret Eugene. Bangunan ini dibina semasa zaman penjajahan Perancis di Vietnam. Di sinilah banyak aktiviti kesenian dijalankan seperti konsert kesenian, persembahan tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti kesenian.
|
HOTEL CONTINENTAL HO CHI MINH |
Petang itu kami telah berada di Lapangan Terbang Tan Soon Nat seawal jam 5.00 petang. Kami telah berangkat pulang agak lewat pada malam itu kerana berlaku sedikit kelewatan penerbangan. Hampir jam 12.00 Tengah malam baru kami sampai ke KLIA 2. Harapan saya cerita-cerita saya semasa di Ho Chi Minh ini dapat menjadi sedikit pedoman kepada rakan -rakan pembaca yang bercadang untuk melawat kota Ho Chi Minh di masa-masa akan datang.
|
MENIKMATI KOPI VIETNAM DI MALAM AKHIR |
|
HOTEL SHERATON |
|
MOTOSIKAL DI MANA MANA |
|
DI SEBUAH LORONG DI PASAR BAN THAN |
No comments:
Post a Comment