Sudah hampir dua bulan aku tidak menulis dalam blog ku ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Post aku yang terakhir adalah pada bulan November 2014 yang lalu. Akhir tahun 2014 adalah saat dan ketika yang amat sibuk buat diri ku dan Unit PPK di PPDMT. Segala program mesti diselesaikan sebelum pertengahan bulan Disember. Hampir setiap minggu aku akan keluar sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun mengadakan kursus untuk para guru mahupun untuk murid sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah.

Banyak input baru telah disaran oleh pegawai-pegawai dari KPM sepanjang 3 hari bengkel ini berlangsung. Antaranya mengingatkan beberapa program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak KPM menjelang tahun 2015. Apa-apapun sekarang adalah Value For Money iaitu pihak KPM hendak melihat impak / kesan yang positif daripada peruntukan besar yang telah diturunkan ke setiap PPD setelah menjalankan pelbagai program di peringkat PPD.
Tahniahlah kepada pihak KPM yang mengaturkan bengkel kerja ini bagi memastikan proses membentuk kemenjadian murid tercapai kerana anak-anak ini bakal mencorakkan masa depan negara yang kita cintai
No comments:
Post a Comment