Monday 24 November 2014

MESYUARAT ATHAM DI HOLIDAY VILLA & SUITES, KOTA BHARU



Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.


Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.


Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.
          Salam    Blogger Buat Semua,  
  Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu taklimat yang berkaitan Hak Asasi Kanak-Kanak bersama pihak SUHAKAM. Mesyuarat kali ini telah diadakan di Hotel Holiday Villa and Suites, Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua wakil negeri kecuali beberapa negeri yang tidak dapat menghantar wakil atas sebab-sebab tertentu.
          Bagi pihak KPM telah dihadiri oleh Tuan Haji Habibullah b Ali. Pihak SUHAKAM pula diwakili oleh Puan Hasmah Abdul Manaf. JU Utama Kebangsaan turut hadir untuk membentangkan best practises di SMK Taman Tun Dr Ismail di Wilayah Persekutuan.
     Perjumpaan kali ini membincangkan tentang perkara-perkara yang terdapat dalam CRC @ Children Right Convention. Selama ini banyak sekali hak anak-anak di sekolah telah dipandang sepi oleh pihak pengurusan sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan meningkatnya kadar kes disiplin murid di sekolah. Dan dengan adanya amalan terbaik hak asasi kanak-kanak di sekolah telah memperlihatkan kadar penurunan kes disiplin di kalangan murid di sekolah-sekolah rintis.  Contohnya seperti apa yang berlaky di SMK Taman Tun Dr Ismail, KL seperti apa yang telah diceritakan oleh JU Kebangsaan Encik Hafrul Idzwan di sekolah di mana beliau bertugas selama ini.
 Pada masa kini murid-murid kurang diberikan peluang untuk bersuara di sekolah. Contoh : Dalam menentukan menu makanan yang dijual di kantin sekolah tidak langsung dibincangkan bersama wakil murid.
            Selain itu murid-murid yang datang ke sekolah tidak tahu tentang hak mereka di sekolah. Mereka seharusnya diberikan pendidikan yang sepatutnya seperti yang telah dijadualkan. Jika mereka tahu tentang hak mereka sudah pasti mereka akan buat yang terbaik untuk diri dan sekolah mereka.
          Aktiviti ATHAM boleh diserapkan dalam banyak bidang seperti Kurikulum, Kokurikulum, Pengurusan sekolah, Hal Ehwal Murid. Mewujudkan budaya hak asasi di sekolah dan amalan secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan hidup secara berterusan adalah antara objektifnya di sekolah. Di samping itu adalah untuk mewujudkan The Sence of Belonging di kalangan Murid di sekolah kerana dengan adanya sence of belonging akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Janganlah menganggap program ini sebagai satu program  yang baru kerana ATHAM boleh diserapkan dalam program-program sekolah yang telah sedia ada.
       Pemantauan program ini akan dilaksanakan di sekolah pada tahun 2015. Dan diharapkan perlaksanaannya akan memberikan impak yang positif dalam pengurusan sekolah di masa akan datang.










No comments:

Post a Comment