Berdiri dari Kiri : Ahmad Abu, Mohd Sharom, Yahya Suip, Zubir M Nor, Dr. Jamaluddin, Azmin Duduk: Ishak Rahman, Rasip, Dr. Mohammad |
Salam Blogger Buat Semua rakan pembaca,
Dah hampir sebulan saya tidak menitipkan kata-kata dalam blog ku ini. Cukup pada aktiviti ku dari bulan Oktober sehinggalah ke bulan November ini. Setiap minggu hampir dua kali aku keluar dari Melaka atas urusan kerja rasmi. Minggu ini aku telah ke Kota Bharu dan sekembali dari Kota Bharu aku telah ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada minggu sebelumnya aku telah ke Hotel Avillion Admiral, Port Dickson dan sekembali dari Port Dickson aku telah ke Air Papan, Mersing untuk siri program DTP Melaka Tengah di Mersing Beach Resort.
Alhamdulillah pada pagi tadi, 23/11/2014 rakan-rakan PBMP 1986/89 telah berjaya mengaturkan perjumpaan kali ke dua di Bandar Maharani, Muar. Kalau di pertemuan pertama hari tu hanya ada 6 orang sahaja tetapi pertemuan kali ini sudah ada seramai 9 orang ahli yang telah meluangkan masa untuk perjumpaan. Ahli-ahli baru itu adalah Dr. Jamaluddin Tubah, Dr. Mohammad Bokhari dan Hj Ishak Rahman dari Serom, Johor.
Perjumpaan secara santai ini amat menghiburkan dengan menikmati cucuk udang di Hotel Pelangi, Muar. Dan diikuti dengan hidangan-hidangan lain selepas itu. Sebenarnya perjumpaan kali ini lebih kepada meraikan rakan yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Phd yang membawa gelaran Doktor Falsafah di UKM. Di samping itu untuk merancang aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Antara cadangan adalah untuk membuat kunjungan ke Surabaya, Indonesia kerana salah seorang ahli telah mendapat anugerah tertinggi daripada pihak pemerintah di daerah Surabaya baru-baru ini.
Perjumpaan seterusnya telah dirancang untuk diadakan di Melaka pada awal tahun hadapan. Dan harapan kami lebih ramai lagi ahli akan dapat menyertai perjumpaan itu nanti.
No comments:
Post a Comment