Wednesday 28 January 2015

HARI 4 : HO CHI MINH CITY

Salam Blogger buat Semua,
         Aku sudah berada di hari ke 4 di bandar Ho Chi Minh ini.  Pagi ini aku bercadang untuk mencari Maybank di bandar ini. Aku diberitahu bahawa di sini terdapat sebuah cawangan Maybank. Setelah bertanya kepada petugas di hotel, mereka pun memberikan tunjuk arah ke sebuah bangunan tinggi dan di situlah terletaknya Maybank. Aku telah berjalan ke arah bangunan Sun Wah Tower seperti  yang ditunjukkan. Lebih kurang 1.5 kilometer kami pun sampai ke Nguyen Hue Street.  Saya difahamkan bahawa Maybank sudah berada di HCM City sejak tahun 2005 lagi.
        Selepas itu dengan mengambil teksi kami telah ke War Remnnants Museum yang terletak di District 3, HCM City. Muzium ini telah dibuka pada September 1975 oleh kerajaan Vietnam. Bangunan muzium ini terletak di bekas bangunan United States Information Agency. Di muzium ini terdapat beberapa bahagian tertentu. Antaranya terdapat photo-photo berkaitan kesan daripada Agent Orange dan bahan-bahan kimia Defoliant Spray yang banyak digunakan semasa peperangan di Vietnam. Antaranya penggunaan bom Napalm dan Phosphorus yang telah memberi kesan kecacatan sepanjang hayat kepada rakyat Vietnam.
        Selain itu alat-alat penyeksaan seperti guilotine telah dipamerkan. Alat ini digunakan untuk membunuh tahanan-tahanan perang pada tahun-tahun 1960an. Muzuim ini amat popular sekali di Vietnam dan hampir setengah juta pengunjung melawat muzium ini setiap tahun. Banyak pendapat menyatakan bahan-bahan yang dipamerkan  di sini membawa kepada pro paganda Anti Amerika. Seorang ahli antropologist Amerika dalam bukunya menyatakan "The exhibition  is full of propaganda". Photo-photo seperti  My Lai Massacre @ Peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang di pamerkan amat menggerunkan saya.
       Di bahagian luar pula banyak terdapat jentera peperangan dipamerkan seperti kereta kebal dan pelbagai anika kapal terbang ditunjukkan. Pada saya tempat ini merupakan satu tempat yang wajib pergi sekiranya anda berada di Ho Chi Minh City.









KECACATAN KESAN AGEN ORANGE


MY LAI  MASSACRE

GUILLOTINE @ ALAT PEMENGGAL 

KECACATAN KESAN AGEN ORANGE





No comments:

Post a Comment