Saturday, 24 January 2015

HARI 2 : HO CHI MINH CITY

MENAIKI SAMPAN DI LEMBAH MEKONG

MENIKMATI AIR MADU

SUASANA PAGI DI PASAR BAN THAN
GUIDE YANG MENGIRINGI KAMI SEMASA LAWATAN
MENCARI T-SHIRT YANG SESUAI


Hari 2 : Di Ho Chi Minh City
Bangun seawal 5.00 pagi waktu tempatan. Waktu solat subuh agak awal. Jam 6.00 pagi sudah terang benderang. Kami mencari kedai untuk berserapan pagi. Kami ke Restoran Hjh Bashiroh  salah satu restoran Muslim yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Menikmati nasi lemak orang Vietnam dari keturunan Campa. Terus balik ke Hotel City untuk menunggu Guide kami yang akan membawa kami ke  Sungai Mekong. Jam 8.30 pagi seorang guide keturunan Cina telah datang untuk membawa kami dengan beberapa lagi pelancong asing dari pelbagai negara dengan sebuah bas. Hanya kami dan sepasang pelancong dari Malaysia dalam kumpulan seramai 30 orang itu.
           Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke kawasan Sungai Mekong. Di Jetty kami mengambil bot untuk sampai di kawasan perkampungan di lembah Mekong. Perjalanan dengan bot mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selepas itu barulah kami menaiki sampan  untuk melalui sungai-sungai kecil di sini. Di satu hentian kami dihidangkan dengan minuman madu yang dicampur dengan limau. Amat lazat sekali.
         Di satu  hentian lagi, saya sempat bergambar dengan ular-ular yang terdapat di situ. Sambil menikmati madu original yang dihidangkan. Di satu lagi hentian kami telah dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi Vietnam dengan lagu-lagu tradistional yang menghiburkan sambil menikmati pelbagai anika buah-buahan. Selepas itu kami telah dibawa menaiki kereta kuda di kawasan perkampungan tersebut. Dalam perjalanan pulang ke bandar HCM kami telah sempat singgah ke beberapa destinasi pelancongan. Antaranya di pusat yang kraf tangan  dan juga di sebuah temple.
         Kira-kira jam 3.45 petang barulah kami sampai semula ke Hotel City. Amat meletihkan tapi menyeronokkan. Malam itu kami telah bersiar-siar di bandar HCM terutamanya di kawasan Pasar Malam dekat Pasar Ban Than sambil melayan karenah peniaga-peniaga yang terdiri daripada gadis Vietnam. Kami juga telah mencuba kopi istimewa dari Vietnam yang tidak terdapat di mana-mana tempat lain.
SALAH SEORANG PEMUZIK YANG MENGHIBURKAN

BOT YANG KAMI NAIKI

BAS YANG MEMBAWA KAMI UNTUK DAY TOUR

DI JETTY MENUNGGU BOT

PARA PENIAGA YANG PANDAI MEMUJUK  DI PASAR MALAM BAN THAN

SEBELUM MENINGGALKAN JETTY

SUASANA DI JETTY

DI TEMPAT MENTERNAK LEBAH

TEMPAT MEMBUAT  KRAF TANGAN 

SAMPAN DI LEMBAH MEKONG, DI SG SEMPIT


BERSAMA KAWAN BARUKU

DIHIBURKAN SAMBIL MENIKM ATI BUAH-BUAHAN

SEMPAT JUGA AKU MELABUHKAN BADAN


ISTERI YANG SENTIASA CERIA


DI SEBUAH TEMPLE

KOPI ISTIMEWA VIETNAM

HIBURAN MUZIK TRADISIONAL YANG DIDENDANGKAN

MENAIKI KERETA KUDA DI PANAS TERIK

DINNER DI RESTORAN HJH BASIROH

DUA SAMPAN YANG KELETIHAN


No comments:

Post a Comment