POKOK KEMBOJA YANG BANYAK DITANAM DI KAWASAN RESORT |
IKAN BUNTAL YANG TELAH DIAWETKAN BANYAK DIJUAL DI KAWASAN INI |
PANDANGAN MBR DARI JAUH |
BERGAMBAR BERSAMA ENCIK FAISAL, PENGUSAHA MBR |
Salam Blogger buat semua,
Pada 13 hingga 15 November 2014 yang lalu saya serta ahli-ahli Unit Pengurusan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah telah berkesempatan berada di Mersing Beach Resort yang terletak di Air Papan, Mersing, Johor. Kami telah mengadakan pakej yang terakhir kami bagi program Peningkatan Sahsiah Murid sekolah-sekolah daerah melaka Tengah. Setelah menghadapi beberapa masalah teknikal dalam penyediaan pakej akhirnya kami telah berjaya membawa seramai 80 orang murid yang bermasalah ponteng untuk berkursus di Mersing Beach Resort.
Program ini turut dibantu oleh Majlis Guru Kaunseling Daerah Melaka Tengah dan juga beberapa Guru Disiplin untuk mengawasi Disiplin Murid sepanjang program berlangsung selama 3 hari. Mersing Beach Resort merupakan salah satu resort yang baru terdapat di kawasan Air Papan. Diusahakan oleh seorang usahawan muda dari Batu Pahat, Johor iaitu Encil Faizal bersama isterinya, Puan Liza.
Kami diberitahu bahawa resort ini baru 3 tahun beroperasi. Dengan bermodalkan 2 Juta ringgit beliau telah berjaya membangunkan resort ini. Pelbagai kemudahan ada disediakan di resort iaitu seperti sebuah dewan serbaguna yang boleh memuatkan peserta seramai 80 orang. Di samping itu juga terdapat sebuah kolam yang agak besar juga untuk kegunaan pengunjung resort ini. Resort ini juga terletak amat berhampiran dengan kawasan pantai yang sangat landai yang menghiasi bahagian hadapan resort ini. Banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di kawasan ini. Bilik yang disediakan pula terdapat banyak pilihan.
Jarak tempat ini dari bandar Kluang adalah lebih kurang 100 kilometer jauhnya tidak menjadi penghalang sekiranya kepuasan yang dicari ditemui di sini. Rata-rata peserta yang menyertai program ini amat berasa puas hati dengan kemudahan yang terdapat di kawasan resort ini. Begitulah juga dengan Jurulatih yang turut serta dalam program ini. Inshallah di masa-masa akan datang kami akan mengadakan kursus ini sini lagi sekiranya kami diberikan peruntukan mengadakan program untuk murid sekolah.
No comments:
Post a Comment