Monday 2 February 2015

FAMILY GATHERING : 31 JANUARY 2015













Salam blogger buat semua,
        Syukur alhamdulillah buat semua pada 31 Januari 2015 bersamaan hari Sabtu malam Ahad yang lalu telah diadakan satu majlis Himpunan Keluarga Hajah Sapiah. Program ini sudah lama dirancang iaitu sejak penghujung tahun 2014 yang lalu. Alhamdulillah semua ahli keluarga telah dapat menghadirkan diri pada majlis yang diadakan kali ini termasuklah anak buah yang sedang menuntut di Australia yang kebetulan sedang bercuti selama 3 minggu.
         Majlis telah berlangsung di Homestay Roemahkoe yang terletak di Kampung Tengah, Pulau Gadung, Klebang Besar.  Sudah masuk kali kedua majlis seumpama ini berlangsung di homestay ini. Sebelum ini majlis seumpama ini pernah diadakan pada 31 Disember 2013 yang lalu.
        Seperti biasa  dalam program seumpama ini aktiviti BBQ adalah satu aktiviti yang mesti diadakan. Kali ini kami telah membakar ikan-ikan, ayam dan tidak lupa juga kambing yang menjadi kegemaran semua. Selain ini ada yang membawa nasi lemak dari Ujung Pasir. Ada juga yang membawa sate dari Banda Hilir, ketupat serta rendang dan sambal petai dari Tangga Batu. Ada juga yang menyediakan kek dan macam-macam lagi.
      Cuma malangnya keluarga dari Terengganu tidak dapat hadir kali ini kerana ketentuan lain yang tidak dapat dielakkan. Inshallah di masa-masa akan datang program seperti ini akan diadakan lagi dengan tujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.



 



 


  



 





















No comments:

Post a Comment