Aku menjejaki bumi Indonesia lagi. Negara yang dihuni oleh penduduk melebihi 252 juta jiwa. Menjadikannya negara yang ke 4 paling ramai penduduk di dunia. Kali ini aku berada di Kota Jakarta ibu negara Indonesia. Aku ditakdirkan berada di sana pada 7 hingga 10 Februari yang lalu. Aku sebenarnya sudah lama tidak ke Jakarta walaupun hampir setiap tahun kebelakangan ini aku ke Indonesia. Kali terakhir aku ke Indonesia pada Disember 2013 yang lalu ketika aku dan keluarga ke kepulauan Bali. Seingat aku kali terakhir aku ke sana ialah selepas aku tamat pengajian ku di UPM pada tahun 1989 lalu. Satu jangka masa yang sangat lama. Iaitu sudah lebih 25 tahun. Kalau aku ada anak, berusia 25 tahun, sudah cukup dewasa anak aku itu.
Pemergian aku kali ini cuma bersama 3 orang rakan rapat sahaja. Kebetulan harga tiket Air Asia jatuh merudum ketika itu selepas peristiwa tragis di Selat Jawa. Peristiwa penerbangan QZ8501 yang jatuh di Pengkalan Bun yang menumpaskan 138 jiwa penumpang di dalamnya.
Kami menginap di beberapa sarang yang banyak terdapat di kota raya ini. Itu memang perancangan awal kami sebelum berlepas. Pada malam terakhir kami berada di Hotel Classic yang terletak di Jalan KH Samanhudi. Hotel ini terletak berdekatan dengan Pasar Baroe dan Mangga Dua Mall. Aktiviti kami agak terganggu pada siang hari dek hujan yang turun tanpa henti. Segala perancangan yang kami rancang habis terencat. Air naik terlalu mendadak menyebabkan kami tidak dapat ke mana-mana. Kami cuba pergi ke Pasar Baroe. Malangnya banyak kedai yang tutup akibat banjir. Masa banyak dihabiskan di hotel.
Malam itu, hujan masih mencurah-curah membatasi pergerakan kami. Selepas mengambil dinner kami ke Terminal 2 yang terletak di Lantai Dua hotel tersebut. Kami menikmati dendangan lagu-lagu oleh sekumpulan anak-anak remaja Indonesia yang amat energetik dan kreatif. Kami menikmati alunan lagu yang didendangkan secara live. Memang banyak terdapat anak-anak muda Indonesia yang berbakat. Tidak hairanlah banyak kumpulan pemuzik dari negera seberang popular di Malaysia.
Lagu-lagunya pula diselang-selikan dengan beberapa lagu - lagu barat yang popular. Kadang-kala audien yang ada turut menyanyi bersama-sama. Salah satu lagu yang mencuri tumpuanku malam itu adalah sebuah lagu Firman yang agak popular iaitu Kehilangan. Seorang lelaki yang duduk sebelahku telah request lagu itu dan beliau telah menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan dan cukup bertenaga. Kami semua terhibur dengan cara persembahan lelaki tersebut. Kami meninggalkan Terminal Dua agak lewat juga. Esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia, di luar hujan masih turun tanpa henti sejak dari pagi.
Aku akhiri post aku kali ini dengan lagu Kehilangan yang membawa pelbagai peristiwa dan kenangan di Jakarta. Bye
No comments:
Post a Comment