Saturday, 14 June 2014

DI SELA-SELA KEHIDUPAN : CHALET D RHU

7.15 PAGI DI PANTAI RHU DUA
          Salam Blogger Buat semua pembaca,
                         Di hujung-hujung minggu ini, lepas aje makan tengahari mataku mengantuk bagaikan tidak boleh tahan - tahan lagi.  Kalau di hari kerja itu, pandai pulak dia lepas solat Dzhor terus bersiap untuk pergi kerja.  Sebelum aku terus terlena aku nak bercerita sikit tentang sebuah chalet yang aku berlindung semasa aku berada di Marang tempuh hari.
BILIK 2 DI TINGKAT ATAS
                         Sebenarnya aku telah terjumpa maklumat tentang chalet ini semasa aku sedang mencari tempat penginapan di Pulau Kapas, Terengganu. Amat menyedihkan semua jawapan yang aku terima menyatakan  resort, chalet yang ada di Pulau Kapas semuanya dah habis ditempah pada musim cuti sekolah ini. Maka hancur berderailah cita-cita kami nak bermalam di Pulau Kapas. Walau bagaimanapun aku terfikir juga mengapakan tidak aku membuat A Day Trip sahaja ke Pulau Kapas. Dari pekan Marang ke Pulau Kapas tidaklah jauh sangat pun. Cuma lebih kurang 10 minit sahaja jika menaiki speed boat. Cari punya cari aku terjumpalah dengan Chalet D Rhu yang terletak lebih kurang 2 kilometer sebelum sampai pekan Marang dari Kuala Terengganu.
                       Setelah menghubungi  Encik Zainul tuan punya chalet aku pun menempahlah semalam untuk menginap di chalet beliau yang terletak di Kampung Rhu Dua. Lebih kurang 50 meter dari chalet beliau adalah pantai Rhu Dua.  Petang itu anak ku bermain sepuas-puas hati di pantai di belakang chalet. Pantainya agak landai dan airnya pula agak suam suam kuku. Kemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca yang agak panas ketika itu. Ramai sungguh budak-budak kampung di situ turut menghabiskan waktu petang di kawasan pantai. Dan berhampiran chalet turut terdapat sebuah homestay.
                         Pada petang itu aku sempat bersembang dengan Encik Zainul tuan punya Chalet D Rhu. Beliau merupakan seorang guru Pendidikan Khas di SK Cendering. Beliau sebenarnya berasal dari Temerloh, Pahang. Kampung Rhu Dua adalah tempat asal isteri beliau yang juga seorang guru. Encik Zainul menceritakan pengalaman beliau yang pernah mengajar di Felda Keratung, Pahang dan juga di sebuah sekolah di Hulu Terengganu sebelum dapat mengajar di  SK Cendering. Beliau pernah bersama-sama Encik Zainuddin, penyelia di PPD Jasin semasa mengajar di Felda Keratung.
                        Aku berterus terang kepada Encik Zainul bahawa aku tertarik dengan chalet yang didirikannya itu. Lantas aku pun bertanya berapa kos keseluruhan termasuk perabut di chalet beliau. Dan aku terkejut apabila mendapat tahu bahawa kos keseluruhannya adalah lebih kurang RM100 Ribu sahaja. Perbualan kami pada petang itu adalah berkaitan penghuni-penghuni yang pernah menginap di Chalet D Rhu. Beliau memberitahu bahawa ramai tetamu luar yang datang ke chalet itu adalah di kalangan pencandat sotong yang merupakan satu lagi aktiviti popular di Marang. Beliau telah memberitahu  bahawa tempahan bot untuk mencandat sotong sehingga penghujung bulan Jun sudah habis ditempah. Dan kos sewaan bot bagi satu malam adalah dalam lingkungan RM 650/- sehingga RM900/- bergantung kepada jenis bot yang digunakan.  Beliau turut mempelawa aku untuk pergi mencandat sotong di masa-masa akan datang.
                          Pada keesokan paginya aku telah menghabiskan masa di pantai Rhu Dua sambil memerhatikan matahari yang terbit di waktu pagi. Selepas itu kami telah ke Pulau Kapas dengan menaiki Speed Boat di jeti Marang.
Petang itu lebih kurang jam 2.30 kami telah meninggal Chalet  D Rhu dengan seribu kenangan terpahat di ingatan.




BILIK 1  DI TINGKAT 1

KEADAAN DALAM BILIK CHALET
SAMPAN TUA DI PANTAI RHU DUA
ESHAKIRIN SERONOK BERMAIN AIR
BERSAMA-SAMA TUANPUNYA CHALET D RHU




No comments:

Post a Comment