Lama rasanya aku tidak menulis sejak masuk bulan Ramadan ini. Sebenarnya banyak cerita yang nak aku kongsikan bersama tapi malangnya mood nak menulis itu macam agak kurang sikit.
Minggu lepas minggu sebelum umat Islam berpuasa sebenarnya adalah juga minggu yang agak hectic juga. Tiga hari aku berada di Hotel Olympic Sport, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Kami berbincang tentang pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan yang 6 bulan yang terakhir untuk tahun 2014. Macam tak cukup 6 bulan rasanya nak menyiapkan macam-macam kerja yang terpaksa dibereskan. Pelbagai jenis pemantauan perlu dilaksanakan untuk sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah.
Di samping itu ada beberapa lagi program lain di peringkat unit yang terpaksa dijalankan sebelum masuk bulan Julai. Antaranya program Kesedaran Kesihatan untuk murid sekolah rendah Daerah Melaka Tengah. Alhamdulillah kehadiran penyeliaku yang baru telah memudahkan kelancaran program tersebut pada 25 Jun yang lalu yang telah dirasmi tutup oleh saya sendiri pada kira-kira jam 4.30 petang. Selesai sahaja program saya telah bergegas ke Hotel Olympic Sport pada kira-kira jam 6.00 petang. Jam 7.30 malam sampai di Tol Sungai Besi. Malangnya usaha untuk mencari hotel agak merumitkan kerana sesungguhnya aku tidak pernah pergi ke hotel tersebut. Pada jam 8.00 malam barulah aku berjaya sampai ke hotel yang dicari. Malam itu Tuan Pengarah telah merasmikan kursus dengan memberikan ucaptamanya kepada semua penyelia asrama sekolah.
Pada masa yang sama Unit HEM telah mengadakan satu mesyuarat berkaitan program-program yang perlu dilaksanakan sehingga hujung tahun 2014. Dengan program yang banyak, pastinya masa akan berlalu dengan begitu pantas tanpa disedari. Dan jangka usia juga semakin meningkat serta jangka hayat semakin sedikit yang berbaki. Segalanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Wallahhuallam bisawab. Sukar untuk ku jawab. Kami telah checkout pada hari Jumaat 27 Jun 2014. Saya lampirkan sebuah lagu kegemaran saya bertajuk The Lonely daripada Christina Perri dalam post kali ini. Selamat mendengar
No comments:
Post a Comment